Followers

Tuesday, January 26, 2010

Melawat ke Makam Almarhum Sultan Iskandar

Aku tak pernah berjumpa dengannya secara berhadapan walaupun sekali. Aku tak pernah berpeluang berbual dengannya. Aku tak pernah berjabat tangan dengannya. Tapi kini...

Almarhum Sultan Iskandar telah tiada. Hanya tanah merah di Bukit Mahmudiah yang menanti aku untuk mendekatinya. Peluang melawat Makam Almarhum Sultan Iskandar bersama beberapa orang pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Johor pada pagi semalam amat berkesan di dalam hati aku. Aku merasa sedikit terkilan kerana kini hanya Makam Almarhum Sultan Iskandar yang ada di hadapanku. Aku terdiam seketika...


Banyaknya bunga ucapan takziah daripada pengunjung..sayangnya mereka pada Almarhum.

Antara jambangan bunga yang disusun dihadapan Makam Almarhum Sultan Iskandar


Ketibaanku dan Shaiful disambut oleh Imam Besar Masjid Abu Bakar (Macam pernah nampak) dan beberapa konsulat Indonesia. Daripada jauh mereka malambai tangan pada kami dan mempersilakan masuk. Salam diberi sewaktu kaki melangkah. Apabila kami masuk sahaja ternampak Makam Almarhum Sultan di hadapan. Dalam hati terdetik "Akhirnya dapat juga aku bertemu denganmu walaupun bukan secara nyata. Semoga Allah merahmati dan mencucuri Almarhum Sultan Iskandar"

Tanpa disedari berdiri di sebelahku Dato' Noh Gadut (maafkan seandainya salah ejaan). Kurus Dato' sekarang. Dah lama aku tak berjumpa dengannya. Beliau mengucapkan terima kasih kerana kedatangan kami. Salam bersambut. Senyuman diberi. Aku dan Shaiful meneruskan bacaan ayat-ayat suci Al Quran yang ringkas dan bacaan doa. Bersebelahan Makam terdapat 3 orang yang duduk dan membacakan ayat-ayat suci Al Quran. Sekali ada seorang yang mempersilakan kami menabur bunga dan air mawar di atas Makam. Kami menolak secara baik. Bukan apa..ini Makam Sultan kami..dan kami tidak tahu protokol yang sedia ada. Takut tersalah buat. Daripada salah...kami terpaksa menolak walaupun dalam hati teringin duduk betul-betul di hadapan Makamnya. Aku tak sempat nak mengambil gambar walaupun dah silent mode HP. Karang ada yang kena sound.

Kehadiran kami di situ tidak lama kerana ada lawatan daripada Kedutaan Indonesia. Patutlah ramai yang menunggu termasuk Jurukamera. Lebih kurang 15 minit kami di dalam, kaki pun melangkah keluar.



Hati sayu secara tiba-tiba. Rakyat khususnya warga Johor begitu menyayangi Almarhum. Masakan tidak perintah berkabung yang dilaksanakan amat memeranjatkan aku. Boleh katakan kesemua warga Johor dan bukan warga Johor pun turut sama mematuhi arahan berkabung. Ketika di shopping complex, di kedai makan dan di mana jua kesemuanya seragam. Aku bangga menjadi rakyat negeri Johor.

Kami mendoakan Almarhum Sultan Iskandar dicucuri rahmat dan disemadikan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Monday, January 25, 2010

Iman anakku sayang...

Iman dah baik bisul. So Papa dan Mummy ambil keputusan 'terpaksa' botakkan Iman sebab takut bisul dia bertambah. DOktor kata peluh Iman di kepala membuatkan bisulnya lambat nak baik dan kemungkinan ada lagi. Maka 2 hari lepas bawalah dia ke kedai gunting rambut. Inilah first time aku bawa Iman gunting rambut. Sebelum ni Mummy yang bawa. Kami bawa pada 23 Januari 2010.

Masa nak masuk dia ok. Mummy duk dalam keta je. Tapi bila mesin tu melekat kat kepala..hehehe apalgi budak kecik tu terus melalak. Adusss..puas apek tu pujuk. Aku cuba buat lawak ala-ala Chef Wan, pun tak jalan. Aaaahhh Aku suruh apek tu teruskan je. Mummy masuk dan pujuk. Macam tu juga. Sampaikan kami terpaksa pegang kepala dia dengan kedua-dua tangan supaya tak bergerak. Akhirnya dalam 10 minit Iman selamat dibotakkan. Plan nak simpan panjang tak jadi balik. Sekali comel la anak Papa. Apek tu siap cakap muka anak U sama dengan U la..Biasalah..boleh masuk pertandingan seiras. Mummy jangan jeles eh. Hehehehe....

Mummy dan Papa pun ada belikan Iman walker. Rasanya dah sesuai sebab umur dia dah nak masuk 8 bulan. Tapi yang kelakarnya kaki Iman jejak tang hujung jari je. Hehehehe, Bolehla tu Iman..

Ada satu pic Iman tertidur sambil senyum. Mimpi apala anak Papa ni..Comel!!!


Wednesday, January 20, 2010

Ketika mata masih terbuka

Waktu ini aku macam rasa melayang-layang badan. Penat agaknya. Tapi jari jemari masih menaip surat tawaran jualan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor yang mahu membeli 4 unit kedai pejabat di Nusajaya Industrial Park, Nusajaya.Sejak akhir-akhir ini aku selalu tidur lewat. Balik kerja pun lewat. Tahun ni mencabar kewibawaan aku sebagai Eksekutif Jualan di Nusajaya ni. Target market semakin mengecil. Rakyat Singapura tidak boleh lagi membeli rumah berharga RM250,000 ke atas.Mereka hanya layak membeli RM500,000 ke atas sahaja. Fffuuuhhhh..kebanyakan rumah yang ada sekarang di Nusa Idaman tak sampai harga tu. Maka target market hanya kepada warga tempatan. Namun pengesahan 100 peratus masih belum tahu. Cuma kita terpaksa hold...Tengah memikirkan idea-idea baru untuk menjana keuntungan kepada kompeni.

Hari ni aku bercuti..Wife pun masih MC. Kami ambil kesempatan keluar beli barang dapur. Dah lama tak dapat kuar sama.Takde ke mana pun. Cuma pergi Carefour, Taman Sutera. Pergi time ni memang best sebab tak payah berebut. Tempat parking banyak kosong. Yela..orang lain kerja. Kami cuti. Hehehehe. Cuma aku nak komplen kat Carefour sini yang layanan tak mesra pelanggan. Service kurang...serious. Korang yang pernah pergi..sila komen sikit. Pada aku layanan mereka tak bagus. Kat Comment Wall diaorang penuh dengan rungutan. Cuma barang agak murah. Susu Iman pun (Enfalac) murah RM1.00 daripada luar.Banyak tu. Kena bijak membeli je la.

Okeylah..mata macam dah nak tutup. Nak tito...

Berita gembira!!


Alhamdulillah..loan rumah aku dah lulus. Aku beli rumah Double Storey kat Nusa Idaman,Nusajaya. Lama dah aku plan nak beli ni. Tahun ni baru dapat. Rumah ni siap lagi 2 tahun. Lebih kurang tahun depan baru dapat duduk. Okeylah tu. Sementara ni aku settlekan debts yang tertinggal. Rumah ni di bina di dalam kawasan Nusajaya. Maknanya aku sebenarnya membeli rumah yang aku jual kat orang. Aku kan keje kat Nusajaya, So advantage la sebab aku tau baik buruknya. Ini yang termampu untuk keluarga aku...

Semalam gak kami buat scan baby yang dalam perut tu. Mummy rasa macam x sedap kat perut. Sekali doktor boleh cakap "besar baby awak ni" baru je 3 bulan. Aku nampak dengan jelas badannya berpusing dan tangan bergerak-gerak. SubhanAllah..Iman pun tengok adik dalam perut tu, senyum je dia. macam paham.Apapun InsyaAllah bulan 7 nanti. Amin!


Monday, January 18, 2010

aku dan kenangan

Aku Dan Kenangan

Sunyi dan sepi...
Tiada bintang yang berkelipan di langit yang biru
Tiada kawan untuk ku berkata-kata dan bersenda
Ku nanti dikau...

Dengan harapan yang penuh kasih tak ternilai rasa
Akhirnya...
Yang ku nantikan tak kunjung tiba... oh...

Tiada kata tiada pesanan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang...
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal...
Pada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih...

Tiada kata tiada pesanan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal...
Kepada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih...

Tersenyum aku...
Sambil menitiskan airmata mengenangkan dikau
Yang tinggal...
Hanya gambar jua tandamata dan kenangan

Tiada terduga...
Yang ini harus terjadi di malam begini
Mungkinkah... Kitakan bersua lagi...
 
Hehehe.Kontroversi. Jangan pikir bukan-bukan eh. Aku suka sesuatu lagu bukan sebab lirik..tapi kerana melodi. Jadi kali ni aku tengah syok mendengar lagu Aku dan Kenangan. 

Sekali bebel daaa..

Terima kasih kepada family yang datang melawat kami pada hari Sabtu lepas. Walaupun sekejap tapi amat bermakna sebab dah dekat setahun tak dapat datang. Bukan apa..setiap kali nak datang (on Saturday or Sunday) aku kena kerja..So macam tak best lah kan..Terima kasih gak kat ayah dan Arif yang belanja makan Tom Yam dan Sate. Best! Best! sebab makan free!!!

Bisul Iman dah pecah semalam. Kesian dia. Neneknya picit keluarkan. Kesian aku tengok Iman. Masa tu aku cuma pegang kaki dan cuba bersuara untuk tenangkan dia. Mummy da duk jauh. Takut muntah..Ye la tengah 'bawak budak' dalam perut, lain macam feel dia. Banyak wooo darah ngan nanah bisul tu. Teresak-esak Iman. Last2 aku dukung dia. Senyap pulak..Hehehe..Tapi antibiotik kena teruskan makan sampai bisul tu betul-betul hilang..

Mummy cuti hari ni sebab sakit pinggang. Kadang-kadang aku rasa bersalah sebab tak banyak luangkan masa dengan dia. Sibuk dengan kerja. Tapi tuntutan kerja membuatkan aku serba salah. Aku kena mencari rezeki sebab tahun ni family aku InsyaAllah akan bertambah sorang lagi. Aku tak nak mereka hidup susah. Biar diaorang berisi macam aku.(Sedar diri pun) Lately ni aku selalu balik lewat. Kadang-kadang jejak ke 9 malam. Nasib baik Mummy dan Iman stay kat umah mak jap. So aku tak risau sangat. Thanks a lot to family Gelang Patah. Aku cakap ngan wife, sabarlah Sayang..inilah lumrah kehidupan. Ada masa memang kita akan luangkan masa bersama. Hehehe.Nasib baik dia faham. Tapi kadang-kadang aku rasa dia kurang faham. Yelah masam je kalau aku lewat. Kenalah berkorban sekarang..hasilnya kita nikmati bersama nanti. ..

Moga aku diberi kekuatan fizikal dan mental untuk terus berjuang demi keluarga tercinta.Amin

Wednesday, January 13, 2010

Pic bisul Iman

Lagi gambar Iman yang panas dan terbaru..Baru je amik tadi. Rambut dia memang da panjang. Ingatkan nak simpan panjang, tapi tak dapek la nampaknya. Iman ni walaupun dia bisul, demam tapi aktif jugak. Mulut dia membebel2 (hehehe) pastu asik nak bergerak je. Kalau tiarapkan, habis satu rumah dia explore. Gambar bawah ni dia sibuk nak mamam cover lens camera papa dia. Waktu ni Papa nak snap gambar dia lepas baru sampai rumah. Macam-macam Iman ni. Mummy macam biasa, terus melepek..sian gak.Penat. Bawa sorang lagi yang dalam perut tu.

Tengoklah lagi gambar Iman yang baru diambil pukul 8.30pm tadi,,,,


Iman kena bisul...

Iman dah 7 bulan hari ni..Tapi ada cite sedih. Iman kena bisul dan demam. Tadi gi Klinik (Papa x dapat antar, Atuk ngan nenek yang hantar) Doktor kata Iman kena botak. Bisul tu tak dapat nak dipecahkan.Bagi ubat sapu jek. Sian dia.Kena bisul kat belakang kepala. Jadi dia kena tidur mengereng...kalau tak terhempap bisul dia. Menangis je la. Baby yang dalam perut okey je. So far sihat. Mummy selesema sikit. Jangkit aku kot Aku cuma batuk2 lagi. Tapi dah kurang.

Adik beradik sibuk tanya gambar Iman. Bukan xnak upload. Gambar yang kat bawah ni pun nunggu 1 hari nak upload. Lembab gila broadband..Tension. So nontonlah ye..hehehehe



Saturday, January 9, 2010

lemahnya badan..

Hari ini aku kerja macam biasa. Esok pula kena jaga booth di Angsana, Johor Bahru. Tapi hari ni aku lemah sangat badan. Mungkin sebab makan ubat yang doktor bagi tadi. Sebenarnya dah 3 hari aku demam dan batuk. Selesema lagik. Ni yang tak best ni..baru semangat nak buat sales awal tahun ni, tapi penyakit dah menyerang. Ni mesti jangkit officemate aku ni. Jangan wife dan Iman demam sudah. Yelah..wife tu tengah pregnant. Dah nak masuk 3 bulan. So kenalah berjaga-jaga.

Malam ni kemungkinan aku kena tolong jaga booth kat Angsana. Bank Muamalat buat event so UEMLand join. Dan bila UEMLand join, maka Nusa Idaman terlibat. Dan apabila Nusa Idaman terlibat..akulah orangnya yang kena kerja. Huaaaaaaaa.....xpelah..Itulah rutin aku di sini sejak tiga tahun lepas.Minggu depan InsyaAllah aku dan keluarga balik ke Yong Peng. Rindu kat family. Iman pun sama. Hehehehe...

Thursday, January 7, 2010

FIkiran berkecamuk!

Berkenaan tempahan hantaran semalam tu..setelah berbincang dengan business partner(wife aku la) Kami putuskan 'temporarily closed for new booking', maknanya x dapatlah nak buatkan. Dalam hati kesian juga pada Khadijah tu sebab bila dia minta AnS Art Creative untuk buat maknanya dia meletakkan harapan pada kami, tapi apakan daya....

Bukan x nak tolong dia dan walaupun Majlis Tunangnya bulan 3 (lama lagi gak) rasanya aku dan wife busy gila. Penatpun satu hal. Malam je yang ada masa. Itupun nak melayan si Iman main lagik..huhuhuhu letih!

Dan kali ni entah kenapa aku terfikir..'Cantik ke aku buat?' Tak tau kenapa perasaan tu datang. Walaupun aku pernah buatkan hantaran kahwin dua pihak untuk seorang anak Dato' di Johor Bahru ni (xmo sebut nama eh-sorry) tapi aku tetap feel macam tu. Merendah diri ke??? Entahla..Kalau korang nak tgk hasil kerja aku gi kat

www.ansartcreative.blogspot.com


Then gi kat GALERI HANTARAN. Sume tu aku buat dan dibantu wife. Komen sikit eh..patut ke aku teruskan...aku minat benda yang cantik2 ni..tapi masa je yang menjadi halangan..Tolong akuuuuu!!

Wednesday, January 6, 2010

Nak buat hantaran boleh?


Dah lama aku tak buat ni. Adalah dalam 9 bulan. Nak tau buat apa?? Buat hantaran kahwin.Hehehe.

Tiba-tiba je ada seorang gadis menelefon aku bertanyakan sebut harga untuk hantaran tunang bulan 3. Nama dia Khadijah. Duduk Skudai. Excited gak dengar. Masyuk! Masyuk! Tapi material x cukupla...Aku kena discuss ngan dia balik. Dia siap boleh tanya BUTIK kat mane? Mana aku ada butik dik ooii. Buat kat rumah je. InsyaAllah aku akan hubunginya semula. Tak baik hampakan perasaan orang dan harapan.

Mana tau rezeki aku dan keluarga tahun ini mencurah-curah..Yaahooooo!!!

Skill aku makin bagus..Arif jangan jeles!

Hari tu lepas balik dari KL aku dan family singgah kat Putrajaya. Sayang beriya-iya nak gi sana. Aku pun tak pernah gi..gamble je redah.Time tu plak memang lapar dan nak cari Alamanda.MAKAN TIME!!

Bawah antara gambar yang aku sempat ambil guna DSLR 100D aku. AMACAM?? CANTIK TAK? Arif..ko jangan jeles tengok hasil kerja tangan abang ko ni. Itu tak edit tau. 100% original from camera.Hahahaha (riak sambil kembang kempis hidung).

Awan memang tengah cantik masa tu..Cuaca panas gakla. So kena kurangkan ISO. Kalau tak mahu pedih mata.

SEKITAR PUTRAJAYA






Ni adik ipar aku yg snap.So agak kureng sikitla..



Kat Lobby Holiday Villa Subang

Perut dah berbunyi

Adoooiii..perut dah lapar.Sebenarnya aku tak kuar lagi. Malas. Tapi nak masak gas plak habis. fffuuuhhh..lantak maggie je la, Badan dah lemah ni. Asal boleh je la. Laukpun xde. Nak kena beli gak..Aaahhh nanti2 la. Tidur dulu. Nanti dah bangun aku makanlah.Makan sorang x besh.


Selalunya time cuti aku masak.Tapi disebabkan selesam yang menyerang ni dan kehabisan gas..AKU JADI MALAS!!

Boring betul la..

First entry with a new themes for my Blog.Actually aku tak larat nak type panjang2. Badan letih.Selesema..Adduusssss!! Tak suka sebenarnya. But untuk completekan new themes ni aku kena post jugak..So apa lagi post gambar je la. Korang tengok dulu. Gambar ni di Holiday Villa Subang,KL.

Dia dah mengantuk sebenarnya ni..tapi still nak main jek.

Dah buat dah tabiat lama..GARU KEPALA!

Sebelum bertolak..pose mesti punya!


Nanti aku sambung lagi. Perut dah lapar sebenarnya. But nothing kat dapur tu. So kena paksa kaki ni keluar gak beli lunch. Hari ni aku off day. SO lepas makan macam nak tidur je.