Followers

Friday, May 21, 2010

Aku yang kuat!

Salam dan selamat pagi semua!Hari ni untuk kali ke dua aku bangun tidur dalam keadaan termanggu.Selalu ada suara mummy main dgn Iman sambil menanti aku bersiap ke tempat kerja.Senyap...

Pukul 11.30am bergerak ke Tesco,Bukit Indah. Ada roadshow Nusa Bayu. Pd masa yg sama menunggu waktu melawat pukul 1pm.Solat Jumaat dan mintak2lah Sayang kua hari ni. Kesian tgk. Iman lg yg sentiasa mencari mummy untuk bermanja..

Dahla,nak g cari apa yg boleh aku makan pagi ni..lapar!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, May 20, 2010

Malam yang sunyi

Plan asal nak update blog sbb aku tinggal sorang.Mummy dimasukkan ke wad di HSA,JB.iman di rumah mak.tapi wire adapter laptop aku kt ofis lak.maka jadi senyap je la aku kt uma tgk astro.

Hmm..nanti esok aku post la ye..layan hindustan je la.hehe.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 17, 2010

Menjerit tengah malam....

Cerita ni berlaku pada dua malam lepas. Seingat aku waktu itu dalam pukul 3.00 pagi. Suasana sunyi sepi cuma kadangkala terdengar dengusan anjing liar di luar rumah. Malam yang dingin disejukkan lagi dengan kayuhan kipas meja yang ada ketikanya menciut kerana sudah lama tidak dibersihkan..

Kelihatan tiga orang manusia yang nyenyak terbaring di dalam bilik di sebuah rumah.Namun hanya seorang yang kelihatan berkerut-kerut dahinya menahan sesuatu..Di dalam sedar atau tidak saluran darahnya tersangkut-sangkut. Kakinya kebas dan secara tiba-tiba....

Dia terbangun mengejut dan terus menjerit...AAARRRGGGGHHHHHH!!! Panjang sekali jeritannya memecah kesunyian malam. Isterinya terbangun terkejut. Nasib baik anaknya yang sulung masih memejamkan mata..Barangkali kepenatan.

Rupa-rupanya kakinya kejang!!! SIMPUL BIAWAK....sapu minyak.tido...

HAHAHAHHAHAHAHA

Tuesday, May 4, 2010

Menunggu dalam kelaparan.

Pagi ni mummy ada rutin check up.ada demam sikit.Nasib baik kt Lima Kedai jek.

Aku macam biasa duk dalam keta dengan Iman.Fuh..habis satu keta dia pusing.Sekarang da pandai main stering.Tengok je la gelagat dia.hehe.

Cepatla skit Mummy..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 3, 2010

Iman dan keletahnya

Huishh lama btul x post kt blog aku ni.sori ye.kali ni nak cite pasal anak sulung kami,Muhammad Iman.

Iman da nak masuk 11 bulan.besar da anak papa.maknanya da 11 bulanla kami membesarkannya.Tipula kalau aku kata x letih.Lagi lah sekarang ni dia da memapah dari satu kerusi ke meja.Suka sgt explore bnda baru.Masuk bilik gelap sorang2.Kalau tido memag kena tutup pintu.Lasak sungguh.Setakat kepala terhantuk kat lantai dan dinding tu da perkara biasa.

Sekarang da paham sikit2 kalau papa & mummy suruh.`nak`..`baring`..`diam`..tu memang dia paham. Kalau dengar lagu dengan kaki sekali goyang.Kalau papa solat Iman duk tepi tengok.Macam2 anak papa ni.

Esok mummy gi cek rutin Adik iman kat klinik kerajaan.Kandungan da 7 bulan.Alhamdulillah everything ok.Berat kali ni memang beza masa iman.Semangat adik iman agaknya.Tunggu je la ye.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Test jugak..

Maaf ye.tgh test post guna hp..saje je kacau.hehe
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.