Followers

Monday, January 18, 2010

Sekali bebel daaa..

Terima kasih kepada family yang datang melawat kami pada hari Sabtu lepas. Walaupun sekejap tapi amat bermakna sebab dah dekat setahun tak dapat datang. Bukan apa..setiap kali nak datang (on Saturday or Sunday) aku kena kerja..So macam tak best lah kan..Terima kasih gak kat ayah dan Arif yang belanja makan Tom Yam dan Sate. Best! Best! sebab makan free!!!

Bisul Iman dah pecah semalam. Kesian dia. Neneknya picit keluarkan. Kesian aku tengok Iman. Masa tu aku cuma pegang kaki dan cuba bersuara untuk tenangkan dia. Mummy da duk jauh. Takut muntah..Ye la tengah 'bawak budak' dalam perut, lain macam feel dia. Banyak wooo darah ngan nanah bisul tu. Teresak-esak Iman. Last2 aku dukung dia. Senyap pulak..Hehehe..Tapi antibiotik kena teruskan makan sampai bisul tu betul-betul hilang..

Mummy cuti hari ni sebab sakit pinggang. Kadang-kadang aku rasa bersalah sebab tak banyak luangkan masa dengan dia. Sibuk dengan kerja. Tapi tuntutan kerja membuatkan aku serba salah. Aku kena mencari rezeki sebab tahun ni family aku InsyaAllah akan bertambah sorang lagi. Aku tak nak mereka hidup susah. Biar diaorang berisi macam aku.(Sedar diri pun) Lately ni aku selalu balik lewat. Kadang-kadang jejak ke 9 malam. Nasib baik Mummy dan Iman stay kat umah mak jap. So aku tak risau sangat. Thanks a lot to family Gelang Patah. Aku cakap ngan wife, sabarlah Sayang..inilah lumrah kehidupan. Ada masa memang kita akan luangkan masa bersama. Hehehe.Nasib baik dia faham. Tapi kadang-kadang aku rasa dia kurang faham. Yelah masam je kalau aku lewat. Kenalah berkorban sekarang..hasilnya kita nikmati bersama nanti. ..

Moga aku diberi kekuatan fizikal dan mental untuk terus berjuang demi keluarga tercinta.Amin

3 comments:

HudaBanny said...

hasil nikmati bersama berdua aje ke...??smlm dah makan free, sok lusa...open table laaaa

Mohd.Noor Azam bin Ateh. said...

aik..ada plak minah kepohchi ni...x baik ko kepoh2.nanti anak ko cakap x berenti. Hehehehehe

HudaBanny said...

hahaha..mane tumpahnye kuah kalau tak ke nasi...