Followers

Wednesday, January 20, 2010

Ketika mata masih terbuka

Waktu ini aku macam rasa melayang-layang badan. Penat agaknya. Tapi jari jemari masih menaip surat tawaran jualan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor yang mahu membeli 4 unit kedai pejabat di Nusajaya Industrial Park, Nusajaya.Sejak akhir-akhir ini aku selalu tidur lewat. Balik kerja pun lewat. Tahun ni mencabar kewibawaan aku sebagai Eksekutif Jualan di Nusajaya ni. Target market semakin mengecil. Rakyat Singapura tidak boleh lagi membeli rumah berharga RM250,000 ke atas.Mereka hanya layak membeli RM500,000 ke atas sahaja. Fffuuuhhhh..kebanyakan rumah yang ada sekarang di Nusa Idaman tak sampai harga tu. Maka target market hanya kepada warga tempatan. Namun pengesahan 100 peratus masih belum tahu. Cuma kita terpaksa hold...Tengah memikirkan idea-idea baru untuk menjana keuntungan kepada kompeni.

Hari ni aku bercuti..Wife pun masih MC. Kami ambil kesempatan keluar beli barang dapur. Dah lama tak dapat kuar sama.Takde ke mana pun. Cuma pergi Carefour, Taman Sutera. Pergi time ni memang best sebab tak payah berebut. Tempat parking banyak kosong. Yela..orang lain kerja. Kami cuti. Hehehehe. Cuma aku nak komplen kat Carefour sini yang layanan tak mesra pelanggan. Service kurang...serious. Korang yang pernah pergi..sila komen sikit. Pada aku layanan mereka tak bagus. Kat Comment Wall diaorang penuh dengan rungutan. Cuma barang agak murah. Susu Iman pun (Enfalac) murah RM1.00 daripada luar.Banyak tu. Kena bijak membeli je la.

Okeylah..mata macam dah nak tutup. Nak tito...

No comments: