Followers

Monday, January 25, 2010

Iman anakku sayang...

Iman dah baik bisul. So Papa dan Mummy ambil keputusan 'terpaksa' botakkan Iman sebab takut bisul dia bertambah. DOktor kata peluh Iman di kepala membuatkan bisulnya lambat nak baik dan kemungkinan ada lagi. Maka 2 hari lepas bawalah dia ke kedai gunting rambut. Inilah first time aku bawa Iman gunting rambut. Sebelum ni Mummy yang bawa. Kami bawa pada 23 Januari 2010.

Masa nak masuk dia ok. Mummy duk dalam keta je. Tapi bila mesin tu melekat kat kepala..hehehe apalgi budak kecik tu terus melalak. Adusss..puas apek tu pujuk. Aku cuba buat lawak ala-ala Chef Wan, pun tak jalan. Aaaahhh Aku suruh apek tu teruskan je. Mummy masuk dan pujuk. Macam tu juga. Sampaikan kami terpaksa pegang kepala dia dengan kedua-dua tangan supaya tak bergerak. Akhirnya dalam 10 minit Iman selamat dibotakkan. Plan nak simpan panjang tak jadi balik. Sekali comel la anak Papa. Apek tu siap cakap muka anak U sama dengan U la..Biasalah..boleh masuk pertandingan seiras. Mummy jangan jeles eh. Hehehehe....

Mummy dan Papa pun ada belikan Iman walker. Rasanya dah sesuai sebab umur dia dah nak masuk 8 bulan. Tapi yang kelakarnya kaki Iman jejak tang hujung jari je. Hehehehe, Bolehla tu Iman..

Ada satu pic Iman tertidur sambil senyum. Mimpi apala anak Papa ni..Comel!!!


4 comments:

atuk said...

Sayang Iman.......
Iman kena selalu balik ke rumah atuk. Kalau tak Iman tak kenal atuk.....

Teringat waktu papanya gunting rambut pertama kali dulu...

Lebih dahsyat.....!

Mohd.Noor Azam bin Ateh. said...

nanti akan diceritakan..

HudaBanny said...

ala iman.......raya cina nnti balik la......sian mak ngah dah rindu iman.......

Mohd.Noor Azam bin Ateh. said...

Aku tak dapat balik..mungkin balik kejap je la.balik hari.