Followers

Tuesday, January 26, 2010

Melawat ke Makam Almarhum Sultan Iskandar

Aku tak pernah berjumpa dengannya secara berhadapan walaupun sekali. Aku tak pernah berpeluang berbual dengannya. Aku tak pernah berjabat tangan dengannya. Tapi kini...

Almarhum Sultan Iskandar telah tiada. Hanya tanah merah di Bukit Mahmudiah yang menanti aku untuk mendekatinya. Peluang melawat Makam Almarhum Sultan Iskandar bersama beberapa orang pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Johor pada pagi semalam amat berkesan di dalam hati aku. Aku merasa sedikit terkilan kerana kini hanya Makam Almarhum Sultan Iskandar yang ada di hadapanku. Aku terdiam seketika...


Banyaknya bunga ucapan takziah daripada pengunjung..sayangnya mereka pada Almarhum.

Antara jambangan bunga yang disusun dihadapan Makam Almarhum Sultan Iskandar


Ketibaanku dan Shaiful disambut oleh Imam Besar Masjid Abu Bakar (Macam pernah nampak) dan beberapa konsulat Indonesia. Daripada jauh mereka malambai tangan pada kami dan mempersilakan masuk. Salam diberi sewaktu kaki melangkah. Apabila kami masuk sahaja ternampak Makam Almarhum Sultan di hadapan. Dalam hati terdetik "Akhirnya dapat juga aku bertemu denganmu walaupun bukan secara nyata. Semoga Allah merahmati dan mencucuri Almarhum Sultan Iskandar"

Tanpa disedari berdiri di sebelahku Dato' Noh Gadut (maafkan seandainya salah ejaan). Kurus Dato' sekarang. Dah lama aku tak berjumpa dengannya. Beliau mengucapkan terima kasih kerana kedatangan kami. Salam bersambut. Senyuman diberi. Aku dan Shaiful meneruskan bacaan ayat-ayat suci Al Quran yang ringkas dan bacaan doa. Bersebelahan Makam terdapat 3 orang yang duduk dan membacakan ayat-ayat suci Al Quran. Sekali ada seorang yang mempersilakan kami menabur bunga dan air mawar di atas Makam. Kami menolak secara baik. Bukan apa..ini Makam Sultan kami..dan kami tidak tahu protokol yang sedia ada. Takut tersalah buat. Daripada salah...kami terpaksa menolak walaupun dalam hati teringin duduk betul-betul di hadapan Makamnya. Aku tak sempat nak mengambil gambar walaupun dah silent mode HP. Karang ada yang kena sound.

Kehadiran kami di situ tidak lama kerana ada lawatan daripada Kedutaan Indonesia. Patutlah ramai yang menunggu termasuk Jurukamera. Lebih kurang 15 minit kami di dalam, kaki pun melangkah keluar.



Hati sayu secara tiba-tiba. Rakyat khususnya warga Johor begitu menyayangi Almarhum. Masakan tidak perintah berkabung yang dilaksanakan amat memeranjatkan aku. Boleh katakan kesemua warga Johor dan bukan warga Johor pun turut sama mematuhi arahan berkabung. Ketika di shopping complex, di kedai makan dan di mana jua kesemuanya seragam. Aku bangga menjadi rakyat negeri Johor.

Kami mendoakan Almarhum Sultan Iskandar dicucuri rahmat dan disemadikan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

1 comment:

Ateh Salim said...

Tahniah anak ayah.
Bacalah kisah ayah dengan Almarhum Sultan yang masih belum tamat tu....