Followers

Monday, November 14, 2011

Kasihan gigi bungsu ku

Sebenarnya dah 3 hari aku sakit gigi. Tapi tak tau gigi yang mana satu. Bisanya bertambah setelah aku makan. Tapi buat bodo je memandangkan masih boleh tahan. Namun semalam adalah kemuncak kesakitan aku sampai herot pipi aku sebab dah bengkak. Wife cakap mungkin gigi bungsu ku. Aku pun rasa macam tu sebab kalau nak diikutkan dah lama rosak,tapi aku biarkan. Sekali tengok cermin...perrgghhh berlubang dan rosak teruk. Gusi pun bengkak. Tu yang muka jadi 'comel' sebelah. Bengkak!! Arrgghhhh


Pagi ini tepat pukul 9.00 aku dah tunggu depan klinik dentist Amim di Taman Universiti. Berapalah kena charge nanti. Dengarnya mahal sikit di sini,tapi puas hati. Aku jadi orang pertama yang masuk. Hahaha. Setelah cek memang doktor beritahu gigi bungsuku dah rosak. Dan yanh paling menakutkan dah bernanah. Adussss.. Geli lak dengar. Segan pun ada sebab pembantu doktor seramai dua orang yang setia menonton gigi aku tu adalah perempuan. Lantak ko lah. Janji gigi aku tak sakit.


Doktor kata tak boleh cabut. Tapi kena matikan akar gigi tu sebab kalau tak nanti gigi atas aku xde pasangan. So macam kelakar. Sebelum bermula proses membersihkan nanah dan 'mengorek' segala serpihan gigi yang rosak,dia dah warning yang proses ini MEMANG SAKIT!!!! Hhuh,buat je lah doktor. Aku memang dah tak boleh tahan. Sekali dia korek untuk keluakan nanah tu,terjongket-jongket badan aku menahan kesakitan dan bisa. Bagi yang pernah rasa,korang tau lahkan.


Dipendekkan cerita,setelah selesai aku dinasihatkan untuk mengambil rawatan susulan membetulkan gigi taring aku ni. Katanya lebih baik dibetulkan kerana nanti tua gigi akan cepat rongak. Kalau boleh kena pakai braces. Hehehe.aku ketawa je sebab aku tau wife mesti tak izinkan kerana dia kata aku mengada-ngada nak hensem sangat. Hmmm ada ke patut.kan husband dia gak. Takpelah syg,nanti B pakai kawat besi je buat braces.murah sikit. Tapi aku pun xnak sebenarnya. Dah macam apa dah. Lama lak tu kena pakai. Dahlah kerja aku menghadap client. Buruk sangat rupa kang! Hehe


Aku diberi mc selama satu hari memandangkan nak susutkan bengkak ni. Maka aku pun pulang berehat. Namun kepala masih risau dengan tugas yang banyak di ofis. Huh!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, November 8, 2011

Terjaga pukul 3.30 pagi

Dah lama aku tak update blog ni. Memang busy yang teramat sangat. InsyaAllah ada kelapangan akan menyusul post yang lain.
Anak-anak yang merupakan harta kami dunia dan akhirat.Muhammad Iman dan Muhammad Afif.

Semalam kami sekeluarga baru dapat tidur di rumah selepas dua malam 'menginap' di rumah mertuaku di Pulai Indah, Johor Bahru sempena raya AidilAdha. Maaf kepada keluargaku di Yong Peng kerana tidak dapat pulang. Anakandamu hanya cuti sehari (pada hari raya tersebut) dan semalam bekerja seperti biasa. Jadi kekangan masa membuatkan anakanda tak dapat pulang. Maaf zahir dan batin.

Kami sekeluarga sekarang memang tidur awal sekitar pukul 10.30 malam kerana rutin seawal 7.00 pagi menghantar anak ke rumah mak mertua yang membantu menjaga mereka. Ini ditambah pula dengan kepenatan seharian bekerja.

Sekitar 3.30 pagi aku dan isteri dikejutkan dengan tangisan anak pertama Muhammad Iman. Kelihatan tangannya memegang perut mengadu kesakitan. Wife menyapu minyak panas. Kembung katanya. Itulah papa dah cakap, makan..makan..makan..ini asyik nak main je. Kesian juga melihat dia. Selesai menyapu minyak, wife membuatkan air milo panas dan lempeng susu untuk makan. Itupun hanya sedikit. Lebih banyak minum daripada makan. Senyap....kemudian menangis balik mengadu sakit. Sedih gak aku melihat dia mengadu sakit perut. Aku bingkas bangun. Masak bubur ayam untuknya dan sedikit keropok. Sambil memasak adiknya, Afif bangun juga. Mummy boleh pulak on Baby TV 618 astro. Maka kedua-duanya menonton TV pada pukul 4.00 pagi. Hurrmmmm...

Muhammad Iman yang semakin bijak. tapi tak suka makan.

Selesai masak. Aku suapkan bubur panas tadi. makanlah 4 suap. lepas tu tak nak dah! hisshhhhh..apa lagi aku nak buat untuk tambah selera Iman ni????? Susah nak makan..pening kepala memikirkan. Namun Alhamdulillah dia dah tak meragam. Mungkin sebab aku masak penuh dengan kasih sayang. Hahaha. terima kasih juga pada isteri yang melayan anak-anaknya.

Jam dah menunjukkan pukul 4.30 pagi. Kami sekeluarga dah terjagaa. Nak stay, masih awal pulak. Aaahhh tidur baliklah..

Maka kami 'selamat' tidur semula dan bangun sekitar 6.30 pagi semula dengan mata yang sembab.hehehe. Cobaaannnn!!!!