Followers

Wednesday, December 15, 2010

Pengalaman Salesman Kereta 1

Hari ini aku di 'add' oleh seseorang yang berminat untuk mengetahui pengalaman serba sedikit aku di dalam bidang jualan kereta. Aku agak terkejut kerana aku yakin ada orang lain yang lebih banyak pengalaman dalam bidang itu berbanding aku. Namun aku berbesar hati untuk berkongsi pengalaman walaupun sedikit agar dapat membantu dan memberi panduan kepada sahabat baru aku ni.
Setelah tamat pengajian dalam bidang Perniagaan di UiTM, aku mula mencari-cari arah pekerjaanku. Tapi dalam hati memang bertekad untuk menyertai bidang jualan selari dengan cita-cita aku nak jadi ahli perniagaan lah kiranya. Aku di terima bekerja di sebuah Syarikat Jualan Kereta Proton di Skudai Johor. Masa tu aku di tawarkan gaji basic RM300 dan komisyen setiap kereta RM500.00. Aku pada mulanya seronok sebab yelah masa tu mana ada pikir nak pakai kereta, nak kena bayar sewa rumah, makan minum sebabnya JANJI AKU ADA KERJA DAN NAKKAN PENGALAMAN. Tapi ibu bapa aku tidak menggalakkan kerana gaji yang rendah dan aku duduk agak jauh dengan family. Pengalaman pun takde. Aku masih ingat mak cakap dengan aku "Boleh ke ko nak duduk bandar Johor Bahru dengan gaji macam tu?" Aku menegaskan yang aku akan dapat komisen jualan nanti. Hanya yang aku pinta restu daripada mereka. Akhirnya mereka mengalah. Maka pada tahun 2003 aku sah sebagai salesman di syarikat kenderaan Proton.
Bayangkanlah aku menjual kereta tetapi hanya menggunakan motor sebagai kenderaan rasmi aku. Jadi setiap kali customer tanya mana kereta aku, aku akan jawab 'kereta rosak, masuk bengkel'! Hehehe..kena jaga status. Tempat tinggal pula aku diberi peluang tinggal di atas ofisku yang mempunyai bilik tanpa membayar sewa. Alhamdulillah. Api air pun tak yah bayar. Tapi kira merangkap pak guard la aku. Tak kisahlah..janji FREE!! Bab makan yang sedih sikit. disebabkan kedegilanku untuk bekerja jauh di JB, aku segan untuk meminta pertolongan duit daripada ibu bapaku sekiranya sesak. Nanti diorang tak konfiden ngan aku. Jadi aku struggle gila masa tu.
Menu sarapan memang makan angin jek..paling kurang pun buat air nescafe sendiri. Pastu makan tengah hari roti RM0.50 (ala yang macam-macam perasa tu ada kelapa, kaya dan kalau nak pedas sikit perasa ikan bilis.hahaha) ngan air soya bean (sebab soya kan mengenyangkan) Menu malam pulak baru makan sedap2..seperti nasi goreng kampung dan air suam. Huuiissshh sedap ya amat! Macam tu lah menu aku sehari-hari selama 6 bulan sebab aku xde sales! Kah kah kah padan muka. Kadang-kadang kalau nak makan sedap pergilah rumah awek aku kat Gelang Patah..sebab dia masak sedap! (sekarang dah jadi wife).
Namun 6 bulan yang takde sales tu aku gunakan sebaik-baiknya mempelajari teknik dan taktik seorang jurujual. Percayalah kalau nak jadi seorang sales person yang bagus, try jadik salesman kereta. Korang memang akan jadi seorang yang fasih berkata-kata dalam mengendalikan customer yang rata-ratanya memang buat aku macam nak tumbuk je. Hahaha..ala korang sendiri pernah beli keretakan?? Ada tak korang kena ayat macam ni.."Kereta abang boleh dapat dalam minggu depan"..sekali sampai sebulan tak dapat..apalagi naik anginlah..Salesman Kereta tu jugak yang kena! padahal boss lambat allocate atau ada jelah reason. Aku pernah diugut oleh seorang pembeli kerana tak memberikan komisen broker padanya. Bukan aku tak nak bagi tetapi kalau dah ko datang serentak dengan buyer pastu aku jugak yang attend 100% macamana ko nak dapat komisyen broker?? apa daaa..Ugutan tu amat menakutkan aku (tak payahlah cerita) sampai aku terpaksa report polis. Akhirnya mamat tu senyap je dan aku menjadi rakan baik pada seorang chief Inspektor kerana kes tu. hehehe.
Macam-macam sebenarnya pengalaman baik dan 'kurang baik' dalam bidang yang mencabar ni. Aku akan sambung lagi nanti. Kepada sahabat baru tu..teruskan usaha anda. Tak kira walau apapun orang nak cakap, rezeki yang anda terima tu halal..Jumpa lagi.