Followers

Friday, May 25, 2012

Daripada nak maki terus ketawa!! Hahahaha

Cerita ni bukan pasal aku. Tapi seorang sahabat baik aku. Aku panggil dia Epul jek. Ceritanya begini...

Dalam perjalanan menuju ke suatu tempat, waktu tu jalan tu ada 2 lane. Kelajuan masa tu adalah dalam 70km/j. Epul memandu agak tenang. Lagi 200 meter dia melihat ada kerja pembaikan jalan yang sedang dilakukan. Kerja-kerja itu membuatkan jalan menjadi satu lane sahaja. Sebagai lelaki sejati lah kononnya, dia menekan pedal minyak kerana tak jauh di hadapannya (sebelah kiri) ada sebuah teksi yang juga cuba untuk laju. Masing-masing berebut nak mendahului masuk ke lane yang telah menjadi satu. (Epul memandu di lane yang disediakan, manakala teksi itu memandu di lane yang ditutup di hadapan). Epul yakin dia dapat mendahului kerana berada di lane yang disediakan. Namun tidak semena-mena 'uncle' teksi tu cuba memintas dan menghimpit Epul...

Apalagi, epul (seorang yang panas hati gak) terus menghalang dan menekan hon dua tiga kali. Tapi katanya yang pelik, uncle teksi tu masih lagi nak menghimpit keretanya dan seolah-olah mengendahkan honnya. Dengan bacaan Bismillah dia terus tekan pedal minyak dan memperlahankan kenderaan betul-betul di sebelah teksi. Niat di hati memang nak maki. Tapi terus tak jadi dan hanya ketawa terbahak-bahak!

Semasa melihat ke arah Uncle teksi tu dengan berbekalkan semangat pendekar nak memaki, Epul melihat Uncle tu sedang memegang-megang telinga kanannya. Seolah-olah sedang menekan sesuatu..Apa dia buat ni???

Laaa....rupa-rupanya Uncle tu pekak (cacat pendengaran). Waktu Epul hon tu dia masih belum pakai atau sedang berusaha untuk memakai Hearing Aid (alat pendengaran)..

Patutlah dia tak dengar...HAHAHAHAHAHHA

Thursday, May 24, 2012

Jalan kaki tengah panas dengan pakai uniform kerja..

Ceritanya macam ni. Kereta masuk bengkel sebab tukar driveshaft.(huh!!!). Jadi pukul 3.00pm Alex,mekanik keta call bagitau kereta dah siap. Kosnya agak-agak la kan. MPV. Terbaeekk. Kebetulan hari ni disebabkan takde kereta (kereta lagi satu wife bawak) aku bawak motor. Maka kat kepala ni memikirkan macamana nak ambil kereta ni. Kalau aku amik kereta,motor macamana pulak? Tinggal  kat ofis,takut kena sebat. Scrambler tu...

Jadi aku nekad. Mula-mula hantar scrambler balik rumah, lepas tu mula lah mission BERJALAN KAKI ke bengkel. Huaaahhhh. Jarak perjalanan adalah dalam 2km. Dengan memakai baju korporat kompeni,aku berjalan di bawah mentari terik. Waddduuhhh. Nasib baik memang dah gelap kulit ni. Bukan tak nak minta tolong member ofis, tapi tak nak menyusahkan. Dalam 'maraton' aku tu adalah yang menegur sebab aku staff projek ni dan juga penduduk. Hanya senyum dan beri alasan nak bersenam..


Dari sini adalah dalam 500 meter untuk ke bengkel. Panas tapi berangin...


Bumbung merah tu rumah aku..nun jauh di sanaaaaa

Senoneng..gambar pun senget. puas dah aku adjust.  (masih tersenyum walaupun panas)

Sampai di bengkel, dah berpeluh tapi taklah teruk. Bukan tak biasa berjalan kaki jauh,cuma kali ni berjalan kaki di tengah panas dengan memakai uniform kerja dan seluar slack membuatkan aku rimas.

Pening terus datang dan selepas isi minyak,aku terus ke restoren Sis Cafe sebelah ofis untuk pekena air limau ais...tobaaaatttt!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 20, 2012

Cerita selingan waktu gelap

Pukul 11.30 malam..

Tetiba tertekan channel 131."Pocong Jumaat Keliwon',,wow,memandangkan malam ni malam minggu,maka aku kononnya nak tengokla. Sekali bila dah tunjuk rupa pocong tu sambil melompat setempat..Ahhhh tukarla. Rosak pemikiran aku tengok cerita macam ni. Hehehe. Alasan!

Tukar channel lain. Jam sudah menunjukkan pukul 11.55 malam. Terbaca plak post Salina (superior aku) yg juga duduk setaman,pasal cite sundel bolong. Huhu,ramai yang senasib. Sekali nak dijadikan cite..

PAAAPPPPPPP!!!! Letrik takde!!!!

Terperanjat i tauuuu! Wife masih belum tidur. Anak2 da tidur kelihatan gelisah menggerak2kan badan. Panas agaknya. Tak lama kemudian Salina call,tanya status rumah aku.

"Senasiblah kita"

Dia ajak ke Mc Donald Bukit Indah,tapi memandangkan anak2 tidur. Aku mohon maaf kerana x dapat follow. Duk uma je la.

Bukak pintu depan,kebetulan kami tidur luar sebab nak tgk tv. Dalam bilik ada tv tapi xde siaran astro. Dan aku menjadi jaga. Masih belum tidur. Kepala memikirkan kepanasan anak-anak,bahan mentah spt ayam dalam peti sejuk.

Tengan menaip ni,Alhamdulillah. Ada balik elektrik! Aircond terpasang semula dan aku boleh teruskan menonton walaupun esok kerja.

Opppss nak sms Salina,eletrik dah ada. Dia yang suruh bgtau kalau dah ada. Ok adios dan selamat berhujung minggu. :)
Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 18, 2012

Anak aku masih dua orang.

Post aku pagi ni ada tertulis "wife beritahu ada berita gembira".. Akibat berita itu aku dihujani sms dan telefon daripada kawan-kawan dan termasuk ayah sendiri. Semuanya ingat wife aku mengandung..

Ffuuuhh..berpeluh nak jawab. Semasa menaip tu pun aku ada terpikir juga yang ayat tu BOLEH menunjukkan ke arah tu.

Jawapan aku..ISTERI TIDAK MENGANDUNG. Tapi berita gembira tu adalah hal kami sekeluarga. Tak payah post kat sini eh. Hehehe. Suspen jek. Kalau ikutkan hati nak biar je. Tapi nanti jadi fitnah lak. Tu yang kena post balik bagi penjelasan. Cukup rezeki Allah bagi pada 2 orang anak lelaki aku ni. Muhammad Iman dan Muhammad Afif. Terima kasih juga yang mendoakan. Cuma buat masa ni family planning. Huh..gila gempak. InsyaAllah nanti akan ada gak.

Kalau time da sampai,nak anak perempuan pulak! Amin

Published with Blogger-droid v2.0.4

Dalam sedih ada gembira

Kebiasaannya kami perlu keluar daripada rumah pukul 7 pagi sebab nak kena hantar 2 hero kecik ni uma mak mertua yang memakan masa hampir setengah jam sehala dan setengah jam lagi untuk balik semula ke rumah semula. Tapi nak dijadikan cerita pagi ni pukul 7.30 baru keluar rumah. Maklumlah kelam kabut sebab 2 malam sebelumnya tidur rumah mak,jadi dengan tak gosok baju,nak siapkan anak-anak lagi dan semalam tidur cepat..TIDUR CEPATTT??? Errmmmmmm. Hehehe

Macam-macam berlaku sehingga post ini dibuat.

1. Dalam perjalanan aku brek emergency sebab nak elak langgar tupai. Alhamdulillah kereta belakang tak sondol.
2. Keputusan berubah bila aku terus nak hantar wife ke tempat kerja. Kereta pulak habis minyak. So dengan saki baki yang ada aku terus menuju ke petronas. Jam dah menunjukkan pukul 8.25. Wife masuk keje 8.30. Aku okey lagi sebab masuk kul 9.00. Berdesuuupppp.
3. Lepas hantar wife aku terus pulang ke rumah sebab nak tukar baju. Nasib baik dah mandi,kalau tak confirm pelanggan semua lari.hahahhaa. alamak jam dah pukul 8.45am. Maka bergegas aku bersiap. Tengah-tengah nak pakai stokin,aku duduk kat arm rest sofa aku, angkatlah kaki sebelah sebab nak sarung. Tetiba....prrraakkkk. samada kerusi tu tak kukuh atau aku yang makin berat..patah daaaa. Adduuuhhhh. Tak berani cakap wife. Tunggu balik nanti baru cakap dan pikir nak buat macamana. Hahahah...lawak pun ada.
4. Masuk keje, internet tak pasang lagi,laptop tertinggal, charger acer iconia aku tertinggal,battery dah kong. Jadi ijau.huaaarrrrrgggghhh

Tengah-tengah taip ni,wife menyampaikan berita gembira. Alhamdulillah. Berkat solat Jumaat tadi doa banyak2.InsyaAllah.

Tapi masih takut nak inform wife, sofa patah!

Monday, May 14, 2012

Bila salesman jadi mekanik

Lampu brek sebelah kanan kereta kancil wife terbakar. Ayah mertua baik hati belikan mentol.RM2 je.tak payah bayar,katanya.Alhamdulillah. Alim sibuk mengajar aku cara nak pasang. Jimat dan tak perlu buang masa antar ke bengkel.

Jadi sampai je di rumah dengan penuh semangat aku memasang mentol mengikut panduan yang diajar oleh Alim (adik ipar). Setelah siap aku pun test. MENYALA!! YES!! Alamak,lampu brek ketiga x nampak lak menyala atau tidak. Kaki kanan menekan brek jadi kepala memang tak sampai ke belakang untuk melihat. Haaa,lihatlah melalui dalam kereta. Cahaya mesti nampak. Itu firasat aku pada mulanya. Kepala dijengukkan dan kaki menekan sekali lagi pedal brek.

Ehh..x menyala la!! Lantas aku buka bonet dan terkejut kerana lampu brek ketiga tiada!!! Aku terus suruh wife call Alim,mana tau dia buka dan lupa pasang.

"Alim,ko x pasang balik eh lampu brek ketiga ni?",tanya wife.

"Takde ni,macamana nak bawa kereta,silap-silap kena saman"..aku dah risau.

Tiba-tiba wife ketawa besar. Geram aku,dahla risau dia boleh ketawa pulak.

"Awak lupa ke,lampu brek ketiga kan ada kat spoiler luar,bukan kat tempat biasa ni..sebab tu dari dalam awak tak nampak!" katanya.

Hahahaha. Macamana aku boleh lupa.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, May 13, 2012

Kisah ofis terakhir

Dah lama x update. Gila malasssss!!! Sebenarnya terlampau sibuk. FB aku pun jarang ada post baru. Ada gak masuk FB,tapi lebih suka membaca dari mengepos.hahaha

Tinggal 3 hari team Nusa Idaman seramai 12 orang akan berpindah sementara ke bangunan kedai depan ofis sementara memberi laluan untuk projek apartment di belakang ofis. OFIS AKU NAK KENA ROBOHHHH! Sedih, dah hampir 5 tahun di bangunan ini. Tak silap aku kos pembinaan termasuk landscape memakan hampir jutaan ringgit. Isk isk isk. Takpe,nanti lagi beberapa bulan,ofis baru di club house apartment akan lagi best! Sebab akan ada swimming pool,gym dan ofisnya lebih selesa dan cantik.

Jadi dalam tempoh 3 hari ni sibuk mengemas. Sebahagian barang dah diangkut ke premis baru. Aku pun x siap kemas lagi. Esok sambung. Sebab tadi malam kami beramai-ramai dengan team Nusa Bayu mengadakan barbeque (gambar akan diupload oleh zul) terakhir di ofis ini. Yang menariknya segala jamuan dan persiapan dilakukan oleh jantan-jantan ganteng iaitu aku,bob dan epul. Daripada membasuh ayam,goreng macaroni, cucuk gotdog dan udang,buat air semuanya kami. Namun ada juga sahabat yang kesian membantu potong tembikai,kemas meja dan mengipas. Post barbeque akan di upload nanti. Malam ni dah penat. Nak tidur........