Followers

Saturday, December 31, 2011

Proses deko-deko rumah baru.

Kemungkinan post selepas ini lebih kepada 'rumah baru' aku di Nusa Idaman, Nusajaya. Maklumlah rumah baru, so excited memang lebih. Lagi-lagi rumah pertama.

Setelah menunggu hampir 2 bulan, hari ini elektrik rumah aku dah dijanakuasakan..hehehe. Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak pemaju (kompeni sendiri) dan En. Azhar, staff TNB yang banyak membantu. Aku tak nak salahkan sesiapa. Apa yang penting?? rumah aku dah ready.

Hari Selasa ni ada T&C untuk cek semua point elektrik yang ada dalam rumah aku termasuk water heater, air cond point, auto gate dan bermacam lagi. Hari tu jugak dapat fius untuk meter aku. tak payahlah buat 'bypass' secara haram nih. hahahha. Tapi meter aku jalan okey, bukan curi elektrik tau.

Pagi ni Vika (amoi seksi) daripada Classy Renovation call. Ada orang nak ketuk dinding dan pindah paip kat kitchen aku. Ini kerana next week kitchen kabinet nak pasang dah. Nasib baik aku kerja (walaupun Johor cuti kerana hari hol Almarhum), dan terus ke rumah untuk buka gate.

Inilah keadaan dapur sebelum berlaku apa-apa.

Aku tak tau ni mamat indon atau myanmar. Tapi dia buat sorang-sorang jek. Okeylah tu. Jangan tak siap sudah. Aku bukak langkah ONG BAK nanti.


Masa ni dia tengah drill dinding untuk pindahkan batang paip. Punyalah bising masa aku ambik gambar. Tapi mamat ni ikat baju kat kepala jek. Aku ingat kalau aku cakap dengan dia lepas ni confirm dah pekak dah. hahahaha.

Harap-harap semuanya berjalan lancar sehingga aku duduk bersama keluarga aku. Dan harap-harap 'poket' aku cukup untuk semua ni. Hehehe. tapi kalau parent nak tampung sikit-sikit bagus gak. hehehehe. Murah rezeki. Amin.

Monday, December 26, 2011

Tetiba jadi lak buat cornice rumah..

Masih tak siap lagi renovation di rumah baru aku di Taman Nusa Idaman, Nusajaya. Semuanya berpunca masalah TNB yang tak siapkan kerja. Aku pun dah pening kepala sebenarnya. Aaahhhh malas nak cite dulu pasal ni la.

Hari ni aku nak catat sikit yang akhirnya bersetuju untuk membuat ceiling cornice kat rumah aku tu. Sebenarnya plan nak buat lambat lagi. Tapi memikirkan habuk yang akan melekat dan kemalasan untuk mengemas semula barang nanti (maklumlah, siapa yang pernah buat cornice ni tahula..dia punya habuk memang tak ingat!!) Jadi tadi siang aku buat appointment dengan cina cornice tu. Aku ajak bob sekali (member ofis) untuk ikut dan memberi pendapat. Ye lah aku mana tau sangat hal rumah baru ni.

Kalau nak diikutkan beginilah lebih kurang plan cornice nya...


Ini di lving hall..


Ini di bahagian dining area..

Gitulah gamaknya..cantik tak??hahahaha. Buat berdasarkan kemampuan.InsyaAllah, minggu depan kerja jalan.

Maknanya aku sekeluarga akan masuk tahun 2012 lah.. hurrmmmmm..lamanya!!

Mydin - Di Sebalik Tabir


Mydin Mohamed Holdings Berhad semalam melancarkan buku sejarah penubuhannya, Mydin Di Sebalik Tabir, atau versi Inggerisnya Mydin The Untold Story. Buku yang menceritakan tentang sejarah pahit maung pengasasnya, Tuan Mydin Mohamed, dalam membangunkan perniagaan itu ditulis oleh Pengarah Sumber Manusia Mydin, Datin Dr. Siti Hawa Mohd. Menurut beliau, buku itu memuatkan kisah tentang bagaimana MYDIN bermula daripada sebuah perniagaan kecil-kecilan sehingga menjadi salah sebuah pasar raya terbesar di negara ini.

Tambahnya lagi, idea untuk menulis buku ini bermula sejak tahun 1998, iaitu ketika beliau ditawarkan jawatan sebagai Pengarah Sumber Manusia di Mydin. “Namun, hanya dua tahun kebelakangan ini saya baru berkesempatan untuk melengkapkan penulisan buku ini,” katanya. Buku ini sesuai bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta perniagaan, tanpa mengira umur dan latar belakang sosial. Segala nilai murni yang ditonjolkan dapat dijadikan panduan oleh para pembaca, terutamanya bagi yang berada dalam bidang perniagaan untuk menjadi seorang peniaga yang berdaya saing.

Harga bagi buku ini ialah RM 12.90 bagi versi bahasa Melayu manakala RM 14.90 untuk versi bahasa Inggeris.

Finally the book is mine! semalam aku 'terjumpa' kat MPH, Taman Universiti. Memang bagus buku ni dan harganya sangaaatttttttttt lah murah! RM12.90 jek.  Pelik gak aku. Buat keje amal agaknya. hehehe. Tapi intipati buku ini cukup membuatkan aku nak pergi balik ke Mydin, Nusajaya untuk tengok sendiri budaya Mydenize! korang mesti tak paham apabenda tu kan? Tapi itulah budaya yang ada pada setiap staff Mydin, susun atur barangan, teknik bekerja di kalangan staffnya. Sehingga kan ada sejarah daripada barang-barang permainan yang dijual di Mydin tu. 

Beli petang semalam pukul 6.00 petang. Pukul 10.30 malam aku dah habis baca.  Ishhhh kena cari yang lain pulak la..