Followers

Friday, August 26, 2011

rasa macam menyesal pulak

Semalam aku ke kedai dobi di Gelang Patah. Niat di hati nak hantar 4 pasang baju raya. Maklumlah,nak basuh sendiri takut material baju akan rosak. Tahun ni wife beli kebaya. So memang kena hantar dobi la kiranya.

"Ambil hari Ahad ye bang,banyak baju nak basuh ni",kata gadis pekerja kedai dobi tu.

"Hmmm.okeylah.",kataku walaupun rasa lama sangat. Takut gak tetiba kedai tutup hari Ahad. Tapi dah dia kata buka,jadi aku setujula.

Lantas aku keluarkan baju 4 pasang tu dan tunjuk kepadanya. Sekali dia boleh cakap yang disebabkan itu baju-baju baru,jadi dia cuma rendam dalam softland (pelembut kain) dan seterika sahaja.

Aikkkk!! Kalau macam tu akupun boleh buat sendiri. Lagi wangi aku rasa kalau aku buat. Tapi disebabkan xnak memalukan diri sendiri dan mungkin rezeki kedai tu,aku hantar je la.

Dalam hati terkilan dan rasa rugi gak. Sebenarnya hantar dobi ni untuk orang yang 'malas' macam aku jek. Hahahhaa. Maaf ye. Tapi itu hakikatnya. Aku bukanlah seorang yang malas nak basuh baju tetapi selalunya aku hantar baju yang memang tak boleh nak dibasuh mesin basuh aku dan seperti comforter serta selimut.

Takpelah..dah tercakap nak buat macam mana. Rezeki ko. Ambik je lah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 20, 2011

Operasi Dodol

Seperti biasa tahun ni ayah aku (mertua) membuat dodol.Maka tanggal 19 Ramadhan semua pakat nak buat. Memang macam awal tapi time ni je yang ada. Kebetulan esok aku cuti. Minggu depan dah keje minggu.

Resepi memang daripada mak dan ayah. Adalah cilok-cilok sikit. Mana tau aku boleh buat sendiri nanti. Hehehe. Operasi dimulakan start pukul 8 malam. Lepas buka je dan solat Maghrib,ayah dah start nyalakan api. Sekarang dah senang,pakai gas,kalau dulu guna kayu api aku ingat subuh baru siap. Santan,gula melaka,gula pasir,isi durian,dan tepung dah disediakan. 'Para pekerja' yg terdiri daripada adik beradik dan ipar duai dah bersedia. Kaum wanita pula menyediakan juadah berbuka tadi di luar,kawasan operasi. Mana tau kalau lapar boleh sental.

Tangan bertukar,mengacau dodol. Aku dah ada pengalaman tahun lepas,so steady la kononnya. Bagi mengelakkan bosan,kami berbual. Kali ni ayah dan mak cuma tolong sekali sekala. Katanya,anak-anak dah ada. So kamilah yang bertanggungjawab menyempurnakan.

Sedar tak sedar dah 4 jam berlalu. Sekali anak aku,iman meragam. So aku masuklah dalam rumah dan tidurkan. Apalagi...tertidur sama. Hehehee. Letih gak. Esok nak gi jalan-jalan beli barang raya. Kumpul tenaga! Sedar balik dalam pukul satu,ayah dan alim (adik lelaki) tengah masukkan dalam bekas. Alhamdulillah dekat 16 kilo kami dapat malam ni. Fuuuhhh banyak gak.

Gitulah ceritanya. Cara pembuatan lebih kurang sama jek. Tapi ada rahsia resepi la. Biasalah tu kan? Suasana pun dah sunyi. So aku nak sambung tidur lagi..

Ayah,lemang xnak buat ke? Heheheehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 17, 2011

Gotong royong bubur lambuk!!

Hari ini pagi2 aku dah bersiap memakai uniform merah UEM untuk bergotong royong membuat bubur lambuk sempena Ramadhan ini. Bungkusan bubur lambuk ini akan diagih-agihkan selepas perasmian petang ini.

Bertempat di Anjung,Nusajaya,kami daripada kakitangan UEM HOLDINGS BERHAD bersama-sama memasak. Aku bermula dengan membasuh beras dan akhirnya 'menggaul' bubur. Kira macam buat dodol la. Lenguh gak.hehhee. Badan dah penat. Tengok jelah tu gambar ehsan Salina,my bos yg memang suka mengambil gambar. Siap edit lagik.hahaha.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, August 16, 2011

Lidah lebih tajam daripada mata pedang!

Macam pelikkan tajuk entry aku pagi-pagi di bulan Ramadhan yg ke 16 ni? Pada aku tak pelik sebab korang dah biasa dengar.

Sebenarnya aku cuma nak luahkan rasa kesal pada sesetengah umat di Malaysia ni terutamanya orang sebangsa dan seagama aku juga. Ini berkenaan isu politik yg sering menjadi isu hangat tak kira kat kedai kopi,internet,tv dan mulut manusia tu jugak. Aku bukanlah seorang yg taksub sangat dan pro mana2 pihak. Lebih kepada menyokong mana yang berhak dan bagus demi agama,bangsa dan negara.

Sebenarnya aku bukan nak tuding jari kepada pemimpin2 yg sedia ada. Tapi aku nak cakap sikit kepada penyokong2 yg tak berfikiran waras dan letak tahap pemikiran mereka kat kepala lutut. Ini lebih kepada yang suka komen dan bercakap tanpa dalil akli dan nakli,tapi lebih kepada anggapan dan intuisi daya takluk kepala otak diaorang. Gilalah ayat aku.hahaha. Senang ceritalah,kalau korang setakat dengar dari mulut orang dan daripada sumber-sumber yang belum tentu asas kukuhnya tanpa bukti,janganlah memandai mengata,mengutuk,mengeji serta membuat andaian buruk pada mereka. Dahlah sesama Islam. Sama2 mengucap syahadah. Tapi main hambur jek cakap yg bukan2,siap nak post kat laman sosial. Malu kalau orang bukan Islam tengok dan baca. Kalau salah macamana?jadi fitnah tau!! Bila korang nak minta maaf ?. Ini jenis penyokong yang membabi buta la ni. Memang korang ada hak untk berkata,tetapi fikirkan dahulu kesannya. Kalau korang memang ahli politik yg berwibawa,teruskan hujah anda dan tegakkan kebenaran tanpa menjatuhkan maruah seseorang. Senangkan? Issshhh apala nak jadi korang ni.

Pada aku lebih baik berdiam diri jika tak tau asas kukuhnya sesuatu perkara daripada korang membebel,cakap main sedap mulut tanpa tau fakta tu sahih atau tidak. Tak dosa pun. Sampai tahap mana percakapan korang tu akan pergi? Paling kurangpun kawan2 je yg dengar.last2 habis kat situ.Kalau berani pergi bersemuka dan cakap terus terang daripada menyebarkan fakta yg salah. Bukan orang lain,kita semua kan dari benih Nabi Adam dan Hawa. Dan yg penting seagama.

Maaf kata kerana aku nampak dan dengar dengan jelas apa yg korang sume cakapkan. Aku cuma nasihatkan takut2 kita tak sempat minta maaf. Salah atau betul,itu Allah yg Maha Mengetahui. Kenapa bangsa lain boleh maju? Sebab mereka BERSATU DAN SALING MEMERLUKAN. tapi kita? Hanya saling menjatuhkan untuk naik lebih tinggi,kalau boleh cecah langit. Sekali jatuh,masyaAllah. Berdebuuukkkk!!! Mentaliti atau disengajakan? Wallahua'lam.

Kita bukan setakat satu MALAYSIA tapi kita SATU ISLAM. Jahat atau buruk perangai korang,mati tetap disembahyangkan dan ditanam. Bukan dibakar! Kerajaan dah lakukan yg terbaik dan bukan salah pembangkang wujud. Kalau hanya ada satu pihak,negara takkan maju kerana tiada 'pertandingan' sesama parti. Jomlah kita bersatu hati dan sama2 memajukan lagi negara kita yang tercinta tanpa rasa irihati dan dengki. Harta kat dunia ni kejap jek. Di SANA nantilah harta yg akan kekal selamanya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 15, 2011

Oh Galaxy Tab ku!

Aku dah pakai Samsung Galaxy Tab ni hampir setengah tahun. Memang banyak kegunaan dan menduduki carta Smart Phone aku yg paling atas tercanggih la. Tak sia-sia aku beli Samsung Galaxy Tab ni walaupun harganya banyak beza lebih murah sekarang berbanding masa aku beli dulu (first version model-baru kua kat market aku dah angkut).

Tapi dua tiga menjak ni ada problem la. Mula-mula charger x boleh ngam. Puas tonyoh,baru boleh. Lepas tu selalu sistem hanged dan restart semula.Tension jek. Dan yang paling baru,automatik shutdown. Battery charged full,tapi bila guna,tak sampai 15 minit dah kong! Geram lak aku. Cuba gak update software sendiri,ni kira dah pakai latest firmware 2.3 gingerbread lagik.x main dah froyo!hahaa.tapi masih macam tu. Format dah banyak kali. Funah harapan!

Hari ni setelah banyak kali aku tangguh untuk ke servis centre Samsung,maka melangkah gak kaki ni.nasib baik tutup lambat. Lepas keje terus berdesup!!

Pekerjanya peramah dan baik. Aku terus terangkan masalah Tabby aku dan dia kata ini masalah battery gak. So kena ganti battery baru. Terus teringat yg Tabby aku masih ada warranty. Tapi dia kata warranty battery 6 bulan jek. Adussss..camne ek. Aku terus ambil resit masa beli dulu dan serahkan pada technician. Tau tak dia cakap apa??

"NASIB ABANG MEMANG BAIK,TINGGAL DUA HARI JE TAMAT.."

Pergghhh lega aku. Kakau tak ntah berapa lah harga original battery ni. Semua proses hanya mengambil kurang 15 minit. Syabas Samsung!!! Boleh balik cepat berbuka.

So far sejak aku pakai dari petang tadi,dah takde masalah auto shutdown and cannot restart even battery masih banyak. Alhamdulillah. Lega.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 4, 2011

Mari berbuka bersama Chef Zam.Hahaa



Hai semueeeee!! Bertemu lagi kita untuk juadah berbuka hari ke empat di bulan Ramadhan. Haaaaa...hari ini Chef dibantu oleh ketua chef (mak mertua) menjamu anak beranak. Hahahaha.

Hari ini kami makan ikan masak asam pedas,ikan bakar (adik Halim belanja) dengan ulam pucuk ubi cicah sambal belacan. Apa aku nak cakap.."TERBAEEEEEKKK!"




Apa menu untuk esok dan seterusnya ek? Aku rasa semua orang masih makan sedap sebab masih di awal Ramadhan dan yang penting duit gaji masih ada. Tunggu je la tengah bulan nanti eh. Hehehe. Macam biasa aku 'menapau' balik makanan untuk bekalan sahur esok. Tapi sampai rumah wife masak lagi fish n chip. Perrgghhh macamana gua nak diet kencang ni. Kena ubah diet ni. Kalau tak makin berisi aku. Makan malam banyak-banyakkan tak elok..

Harap-harap esok dapat bangun sahur awal. Bak kata ayah aku,letak alarm jauh-jauh,jadi secara rasionalnya aku akan bangun dan berjalan untuk menutup alarm tu. So mesti terjaga punya. Put on high volume!! Kalau tak bangun,kena korek telinga esok. Huahauahua.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cuti rayaaaa!!!!

Baru 4 hari berpuasa dan hari pertama bertugas,aku dah start kepoh pasal cuti raya. Maklumlah,kerja macam aku ni kena plan betul-betul dan kena cepat. Kalau lambat orang lain dah cop date tu maka aku kenalah kerja. Kalau bujang tak ape,tapi ni dah ada family kenalah adil dan saksama. Tahun ni beraya di Yong Peng. Yeaahhh

Kesian bos aku,Salina dah pening kepala nak susun jadual. Geng melayu ada dekat 10 orang. Kalau semua cuti serentak,habislah ofis tinggal budak non muslim jek. Nanti kalau ramai customer,tak menang tangan diaorang.



Tapi walau macamanapun kena selfish gak,kalau tak orang lain menyeronokkan diri (hehehe) aku yang senyap duk kat ofis. Tahun ni aku ambil keputusan cuti raya sama dengan wife. Kalau cuti aku sorang jek buat apa. Takleh nak jalan sama-sama.



Ni lah duty rooster tu. Korang yang tengokpun mesti pening. Last-last aku punya cuti lepas raya dah ok,cuti sebelum raya takde lagi. Kena ambil juga,boleh keluar dengan wife beli barang raya. Maklumlah,off day aku tak sama dengan wife.

Hmmmm...gini rasanya bila jadi 'businessman' ek?? Hahaha.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Adui,lagi 10 minit!

Mata terbuka.APAAAAA?? LAGI 10 MINIT NAK HABIS SAHUR!!!

Macamana boleh lambat ni? Alarm dah letak tepi bantal,tapi telinga ni dah tersumbat agaknya. Hehehe.Aku lihat isteri dah kat dapur,tengah masak. Nasib baik malam tadi dah tanak nasi dan goreng ayam. Jadi wife tinggal mengeksploitasi je ayam tu. Sayur memang tak sempat. Kelam kabut gak. Dahlah hari ini first day kerja di bulan Ramadhan!

Aku lantas ceduk nasi dan letak atas meja makan. Air wife dah buat. Dengan pantasnya wife kuatkan api dan tadaaaaaaa!!!! Siap dah ayam goreng madu pedas. Hahaha bolehla daripada takde.


Amacam? Menu ringkas jek.

Kami pantas makan panas-panas. Dalam hati doa janganlah anak-anak bangun. Naya je nanti. Alhamdulillah,nyenyak. Sambil makan mata melihat jam. Takut terlajak.

Ok sempat! Nasi putih ayam madu pedas dengan segelas nescafe o dan 2 gelas soya bean. Terbaeeeekkkk. Tapi tak taulah hadam atau tidak makanan tu dalam perut. Hehehehe.

Okeylah,aku nak pergi gosok baju dan seluar kerja. Ya Allah,murahkanlah rezekiku dan isteri hari ini. Permudahkanlah segala urusan kami di dunia ini. Amin!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 3, 2011

Berbuka ringkas di rumah mak mertua

Kalau tengok tajuk macam baru hari ni berbuka rumah mak mertua,tapi sebenarnya aku dah ikat kontrak sebulan berbuka kat sini.Hehehe. Maklumlah,anak-anak memang mak yang jaga. So kenalah buka kat rumah mak. Lagipun tak ramai yang ada. Kira aku sekeluarga ni memeriahkan suasanalah.

Hari ni kami semua berbuka nasi dengan sambal udang.memang marvellous!! Memang dah jadi kebiasaan di rumah ini makan makanan laut. Ikan,udang,sotong. Jarang la untuk makan ayam.

Aku beli murtabak dan buah tembikai sebagai 'penyeri' juadah. Tapi malam ni aku x banyak makan.



Mungkinkah perutku dah bertambah kecil?? Ini yang aku musykil ni.hehe.

Esok kita buka lagi rumah mak ye. Confirm makan banyak sebab esok aku dah start kerja.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bertugas semula di bulan Ramadhan

Setelah 5 hari bercuti termasuk 1st day puasa dan Off day aku, esok aku kembali bertugas. Tugas seharian di waktu panas sekarang ni amat mencabar. Tapi dah biasa kerja di waktu bulan puasa ni. masuk site, berpeluh....memang macam tu lah kerjanya. Aku yang pilih.

Mudah-mudahan Allah beri aku kekuatan dan kesabaran dalam menjalankan tugas dan mencari rezeki yang halal. Amin. Rasa macam tak sabar pulak. Hehehe. Nasib baik balik pukul 5.00 petang. Esok banyak kerja yang perlu aku bereskan terutama sekali claim aku. nak raya wooooo!!!

Berpuasa seisi keluarga

Alhamdulillah. dah 3 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan kita semua dilimpahi rahmat dan hidayah daripadaNya. 1st day puasa aku berada di Yong Peng bersama semua sekali ahli keluarga Ateh (My dad). Seronok sebab semua ada. Kami jarang bertemu. Dalam setahun hanya 4,5 kali sahaja memandangkan duduk jauh. Mak dan ayah yang paling gembira sebab cucu-cucunya, Iman dan Afif (anak aku) dan Rizqin (anak Uda) dah semakin membesar dan pelbagai keletah.

Dua hari sebelum berpuasa, kami adik beradik lelaki (5 orang semuanya) serta Ben (Adik ipar) dan ayah ke kubur arwah Atuk & nenek serta pakcik di Ayer Hitam. Keadaan kawasan kubur bersih, barangkali ada yang membersihkannya. Alhamdulillah. Tak banyak yang perlu dibuat. Al Fatihah dan ayat-ayat lazim dihadiahkan kepada mereka. Selepas itu kami melawat makcik yang berada di Kampung Kota Dalam.
Sehari sebelum berpuasa kami dibelanja oleh ayah ke Nasi Baryani Power di Taman Soga Batu Pahat. Memang meletup!! Power gila!! Pada mulanya tempat penuh, tapi sebab dah lapar punya pasal semua sanggup tunggu depan kedai. Restoran ni amat popular di Batu pahat dan pernah masuk Rancangan 'Warung Kita' di Astro Prima yang dikendalikan oleh Farouk Hussein. Selepas makan Uda (adik) terpaksa pulang ke Shah Alam kerana bekerja esok hari. (Selangor tak ambil cuti 1st day puasa) Kesian dia..

1st day Puasa disambut sederhana. Mak menghidangkan kami dengan bubur lambuk sebagai juadah berbuka. Kehebatan mak dalam membuat bubur lambuk tak boleh dipertikai. Memang sedap!!!. Ada sirap bandung soda, pepes dan kuih keria. Tapi keseronokan tu hanya dapat ku rasa sehari kerana pagi esoknya selepas subuh, kami sekeluarga perlu pulang ke Johor Bahru untuk kembali bertugas. InsyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi. yang penting Raya kali ni di Yong Peng (rumah aku) yeaaahhh!!! hahahaha