Followers

Monday, February 28, 2011

si comel demam

Sebenarnya dari semalam Afif dah demam.but since ubat demam abang dia ada lagi,so i wont take him to clinic.Bagi je ubat tu.Dia pun x meragam sangat.

Pukul 2.30pm tadi wife sms cakap demam Afif makin kuat dan nak bawak ke klinik.Maka aku dengan seberapa pantas trus bergegas balik dan bawa ke klinik g.patah.Rupanya demamnya sudah menjangkau 41 celcius.Kena marah dgn doktor sebab lambat bawak.Redha je la.

Aku sms bos menyatakan yg aku x dapat masuk semula ke ofis.jam dah menunjukkan pukul 5.00 petang.Tak sampai hati nak tinggalkan wife menjaga Afif yang tak sihat tu dan Iman yang makin aktif.

Esok aku akan ganti 3 jam yang aku 'ponteng' hari ni.Kerja tetap kerja!
Published with Blogger-droid v1.6.7

Saturday, February 26, 2011

ragam anak-anak

Anak-anak aku semakin membesar.Anak yang pertama Muhammad Iman.Umurnya sudah setahun lapan bulan.Anakku yang kedua berumur tujuh bulan.Muhammad Afif nama diberi.Macam tak percaya sudah dua anak aku.Memang mencabar menjaga anak lelaki yang ligat.Aku dan isteri bersama-sama mendidik dan bersabar dgn apa jua cabaran dalam membesarkan mereka berdua.Kadang-kadang aku terlepas sabar dengan kerenah mereka.Maklumlah lelaki memang macam tu.Mujur isteri banyak bersabar dan aku lihat sifat keibuannya semakin menebal.Membesarkan anak yg pertama agak sukar kerana tiada pengalaman.Anak yg ke dua kurang sikit walaupun jarak antara mereka agak rapat.

Pengalaman melihat mak & ayah aku membesarkan adik-adik dijadikan panduan. Terima kasih kerana mendidik aku dengan penuh kasih sayang.Kini aku curahkan pada anak-anakku. Tapi aku lebih bersifat tegas pada mereka berdua.

Iman selalu menyakat adiknya.sama seperti aku sewakt kecil.Namun aku tau dia sayangkan adiknya seperti aku juga.Adik Afif pula hanya mengalah.Mungkin kerana masih kecil.

Aku akan berpegang kepada ayat Luqman Al Hakim "Didiklah anakmu mengikut peredaran masa" lebih kurang macam tu la.Sesuai dengan peringkat umurnya,setiap ajaran dan didikan aku sesuaikan.Paling menyentuh hati bila melihat anak yg sulung,Iman dah pandai mengikut gerakan solat bila aku sembahyang.kelakarpun ada.Hehehe,Alhamdulillah.
Published with Blogger-droid v1.6.7