Followers

Wednesday, December 15, 2010

Pengalaman Salesman Kereta 1

Hari ini aku di 'add' oleh seseorang yang berminat untuk mengetahui pengalaman serba sedikit aku di dalam bidang jualan kereta. Aku agak terkejut kerana aku yakin ada orang lain yang lebih banyak pengalaman dalam bidang itu berbanding aku. Namun aku berbesar hati untuk berkongsi pengalaman walaupun sedikit agar dapat membantu dan memberi panduan kepada sahabat baru aku ni.
Setelah tamat pengajian dalam bidang Perniagaan di UiTM, aku mula mencari-cari arah pekerjaanku. Tapi dalam hati memang bertekad untuk menyertai bidang jualan selari dengan cita-cita aku nak jadi ahli perniagaan lah kiranya. Aku di terima bekerja di sebuah Syarikat Jualan Kereta Proton di Skudai Johor. Masa tu aku di tawarkan gaji basic RM300 dan komisyen setiap kereta RM500.00. Aku pada mulanya seronok sebab yelah masa tu mana ada pikir nak pakai kereta, nak kena bayar sewa rumah, makan minum sebabnya JANJI AKU ADA KERJA DAN NAKKAN PENGALAMAN. Tapi ibu bapa aku tidak menggalakkan kerana gaji yang rendah dan aku duduk agak jauh dengan family. Pengalaman pun takde. Aku masih ingat mak cakap dengan aku "Boleh ke ko nak duduk bandar Johor Bahru dengan gaji macam tu?" Aku menegaskan yang aku akan dapat komisen jualan nanti. Hanya yang aku pinta restu daripada mereka. Akhirnya mereka mengalah. Maka pada tahun 2003 aku sah sebagai salesman di syarikat kenderaan Proton.
Bayangkanlah aku menjual kereta tetapi hanya menggunakan motor sebagai kenderaan rasmi aku. Jadi setiap kali customer tanya mana kereta aku, aku akan jawab 'kereta rosak, masuk bengkel'! Hehehe..kena jaga status. Tempat tinggal pula aku diberi peluang tinggal di atas ofisku yang mempunyai bilik tanpa membayar sewa. Alhamdulillah. Api air pun tak yah bayar. Tapi kira merangkap pak guard la aku. Tak kisahlah..janji FREE!! Bab makan yang sedih sikit. disebabkan kedegilanku untuk bekerja jauh di JB, aku segan untuk meminta pertolongan duit daripada ibu bapaku sekiranya sesak. Nanti diorang tak konfiden ngan aku. Jadi aku struggle gila masa tu.
Menu sarapan memang makan angin jek..paling kurang pun buat air nescafe sendiri. Pastu makan tengah hari roti RM0.50 (ala yang macam-macam perasa tu ada kelapa, kaya dan kalau nak pedas sikit perasa ikan bilis.hahaha) ngan air soya bean (sebab soya kan mengenyangkan) Menu malam pulak baru makan sedap2..seperti nasi goreng kampung dan air suam. Huuiissshh sedap ya amat! Macam tu lah menu aku sehari-hari selama 6 bulan sebab aku xde sales! Kah kah kah padan muka. Kadang-kadang kalau nak makan sedap pergilah rumah awek aku kat Gelang Patah..sebab dia masak sedap! (sekarang dah jadi wife).
Namun 6 bulan yang takde sales tu aku gunakan sebaik-baiknya mempelajari teknik dan taktik seorang jurujual. Percayalah kalau nak jadi seorang sales person yang bagus, try jadik salesman kereta. Korang memang akan jadi seorang yang fasih berkata-kata dalam mengendalikan customer yang rata-ratanya memang buat aku macam nak tumbuk je. Hahaha..ala korang sendiri pernah beli keretakan?? Ada tak korang kena ayat macam ni.."Kereta abang boleh dapat dalam minggu depan"..sekali sampai sebulan tak dapat..apalagi naik anginlah..Salesman Kereta tu jugak yang kena! padahal boss lambat allocate atau ada jelah reason. Aku pernah diugut oleh seorang pembeli kerana tak memberikan komisen broker padanya. Bukan aku tak nak bagi tetapi kalau dah ko datang serentak dengan buyer pastu aku jugak yang attend 100% macamana ko nak dapat komisyen broker?? apa daaa..Ugutan tu amat menakutkan aku (tak payahlah cerita) sampai aku terpaksa report polis. Akhirnya mamat tu senyap je dan aku menjadi rakan baik pada seorang chief Inspektor kerana kes tu. hehehe.
Macam-macam sebenarnya pengalaman baik dan 'kurang baik' dalam bidang yang mencabar ni. Aku akan sambung lagi nanti. Kepada sahabat baru tu..teruskan usaha anda. Tak kira walau apapun orang nak cakap, rezeki yang anda terima tu halal..Jumpa lagi.

Wednesday, November 24, 2010

Mengenali Jenis-Jenis Jurujual

Di petik daripada http://ijaicool.blogspot.com untuk dikongsi bersama.

Anda pasti pernah mengalami situasi di mana anda telah diapproach oleh jurujual ketika berjalan-jalan di pusat membeli belah. Bukan setakat di pusat membeli belah, kadang-kadang mereka turut menghantui kita ketika sedang membaham di restoran ataupun sedang enak menggauli isteri di rumah. Most of the time memang annoying bukan? Well kita tidak boleh cakap mereka babi kerana itu memang tugas mereka. Kita taknak beli, tetapi kita kesian tengok muka menagih simpati makcik yang jual kerepek ubi itu. Jadi di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk mengenali jenis-jenis jurujual dan cara-cara hendak mengatasi mereka.

Jurujual Stalker

Jurujual stalker ialah jurujual yang sering mengikut anda tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Jika anda sedang membelek-belek baju dedah payu dara di butik kegemaran anda, kemudian ada seorang jurujual asyik berdiri di sebelah anda tanpa sebarang ekspresi, mesti terbantut nafsu shopping anda bukan? Kadang-kadang kita nak Windows 7 shopping je pun. Mudah sahaja untuk buat mereka pergi. Contoh, jika anda hendak membeli spek mata hitam, anda jangan cuba try test di muka anda di hadapan cermin. Sebaliknya, anda sarungkan kat terus kat muka dia kemudian beri komen ok ke tak. Samala kalau nak beli tudung, lilitkan terus gaya tudung Yuna kat kepada jurujual Cina itu Jika anda hendak membeli bra, sarungkan sahaja saiz b cup anda ke dadanya. kemudian decidela nak beli atau tidak.

Jurujual Cerekarama

Jurujual cerekarama ialah jurujual yang akan mendengarkan anda kisah hidupnya yang sayu dan layak untuk memasuki slot Bersamamu TV3 bagi meraih simpati anda untuk menjual produk mereka. Ini selalunya dilakukan oleh makcik-makcik yang menjual buku keagamaan yang membawa anak kecil untuk menambah efek hiba. Takpe, anda pun bukakla cerita sedih anda pulak. Ceritala pasal kematian kucing anda ke, pasal anda tak sunat lagi ke or apa apala yang sedih mesti mereka boring dan beredar.

Jurujual Arbok

Jurujual arbok selalunya bekerja di booth-booth menjual minyak wangi ataupun alat solek. Pergi sahaja Sogo tingkat bawah tu mesti nampak tubuh mereka yang sasa dan berpayu serta wajah licin tanpa jerawat. Mereka ini bagus sebenarnya kerana tidak mengamalkan diskriminasi rupa dan berat badan. Semua orang mereka panggil untuk dimekapkan tapi kalau korang tak beli lepas mencuba memang nahasla korang kena laser. Gelenyah uols.

Jurujual Kurang Upaya

Anda sedang asyik membaham mee goreng mamak di Ameerali sambil menonton liga perdana Inggeris, lepas tu ada pula pakcik buta yang datang menjual tisu. Mereka ni sebenarnya sindiket cepat kaya yang mengeksloitasikan orang cacat, korang jangan terpedaya. Lagipun buat apa nak beli tisu kan ada sahaja tisu percuma di atas meja nak lagi best boleh je order roti tisu. Cara mengatasinya mudah sahaja, anda senyap-senyaplah pindah ke meja lain. Tak mengapa, dia buta tak nampak punya. Nak lagi kurang ajar anda suapkan sahaja mee goreng ke mulutnya.

Kat Sungei Wang pula ada jurujual pekak. Ketika anda sedang duduk membaham dia datang bawa 'teks' suruh anda baca dan teks itu berbunyi lebih kurang begini;

"Saya pekak tapi saya berbakat dalam bidang seni. Belilah hasil kerastangan saya ini RM10 sahaja. Walaupun kami pekak kami dapat mendengar kebaikan hati anda"

RM10 pork ji sung kau. Jual origami buat pakai kertas manila baik suruh sepupu aku Mahdi buat. Lagipun mereka bukan pekak betul pun. Nak test senang sahaja, cuba bagi isyarat tangan macam dalam berita TV1 tu tunjuk jari tengah ke tengok diorang faham atau tidak.

Jurujual Kongsi Gelap

Jangan main-main dengan mereka. Boleh cedera anda ataupun harta anda jika anda tersilap langkah berurusan dengan jurujual sebegini. Anda boleh berjumpa jurujual samseng sebegini di sekitar kawasan tempat letak kereta di Kuala Lumpur. Nampak sahaja kereta anda masuk parking, mereka akan berlagak sebagai atendan tempat letak kereta melambai-lambai tangan mereka mencari spot kosong untuk anda. Anda bukak sahaja pintu kereta mereka tanpa disuruh akan menyepray kereta anda dengan produk penghapus kotoran mereka. Menurut mereka, semua kesan degil termasuk cecair mimpi basah dapat dihilangkan dengan hanya sekali semburan. Badan mereka tough macam Anas, pakai subang dan ada tatu gambar almari di bahu mereka. Mereka akan indimidate anda dengan nada yang keras dan kasar. Tanpa disedari kau pasti akan mengeluarkan RM 25 untuk membeli produk itu akibat cemas.

Kat Petaling Street, jangan sekali-kali anda sentuh ataupun sekali tengok jersey ciplak melebihi 5 saat jika anda tiada niat untuk membelinya, otherwise anda memang akan diburu dan dicarut dalam bahasa Kantonis.

Jurujual rumah ke rumah

Anda sedang berehat-rehat di rumah di hujung minggu, kemudian terdengar orang memberi salam hendak menjual sticker-sticker ayat suci ataupun poster keagamaan di luar rumah. Anda tidak perlu buat apa-apa, jawab sahaja salam mereka tapi tak perlu buka pintu. Mama aku selalu buat macam tu haa haa.

Jurujual Jualan Langsung / MLM

Jika rakan anda yang tidak rapat tiba-tiba bersikap mesra dan ghairah dengan anda, itu tandanya dia sudah menjadi jurujual jualan langsung ataupun pemasaran bertingkat-tingkat (MLM). Mereka ini golongan yang tidak pernah berputus asa, so mereka akan sentiasa memujuk rayu anda untuk menyertai mereka. Jadi jika mereka tiba-tiba bermain bola dengan anda dan mengajak anda minum di maplay yang berdekatan, bersediah kalian mendengar kata-kata pembuka semangat selama 20 minit sebelum mendedahkan teknik MLM mereka.

Monday, November 22, 2010

Tiram Indoor Water Theme Park..satu hari yang penat..

Hari ini Isnin 22/11//2010 adalah hari cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Kebetulan aku bercuti hari ini. Maka dari semalam dah plan nak bawak family dan adik-adik ipar (abg ipar mithali..hehehe) jalan-jalan. Plan pada mulanya nak ke La Stella Water Park kat Kempas, tapi memandangkan takut hari hujan maka aku terus menukar plan ke Tiram Indoor Water Theme Park..Shaiful yang mencadangkan aku ke sana. Kalau tak best jaga ko epul!!

Tiram Indoor Water Park adalah merupakan Taman Air Tertutup (Indoor Water Park) yang pertama di negeri Johor dibina dalam kompleks beli belah Today’s Mall, bandar Ulu Tiram, Jalan Kota Tinggi.

Tiram indoor Water Park mempunyai kolam dengan keluasan 26,000 kaki persegi disamping permainan-permainan lain boleh menampung sehingga 1000 pengunjung dalam satu masa.

Bayaran masuk yang dikenakan ialah seperti berikut;


Hari Biasa

Hujung Minggu & Cuti Awam

Dewasa RM 15.00 RM 20.00
Kanak-Kanak (4-12 tahun) RM 10.00 RM 15.00

Pengunjung-pengunjung Tiram Indoor Water Park juga boleh menikmati kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di Today’s Mall seperti panggung Wayang, Karaoke, food outlet disamping membeli-belah.

Melalui highway Pasir Gudang perjalanan agak lancar dan tak jem. Kami bertolak pada pukul 10.00am selepas sarapan. Kali ni aku bawa wife, Iman (anak sulung) dan adik-adik ipar seramai 3 orang. Muhammad Afif tinggal uma mak..hehehe. Lebih kurang 10.30am kami sampai. Lebih kurang 6km daripada Jusco Tebrau City..dekatlah tu. Senang je nak cari..Bangunan Today's Mall di berada di sebelah kiri jadi tak perlulah untuk belok menyeberangi jalan. Mencari parking tiada masalah..tak ramai juga orang.Mungkin kerana kami tiba awal. Fida dan keluarga tak dapat follow sebab ada hal. Maka hanya kami sahaja.

Iman meragam nak turun..

Kalau Afif ada lagi best!

Adik-adik iparku..

Aku parking betul-betul depan pintu masuk. Senang sikit nak letak barang-barang nanti lepas mandi..pastu ble jalan-jalan.

Aku membayar tiket berjumlah RM85.00. Macam biasa kami diberi pelekat tangan. Namun pada sesiapa yang hanya masuk dan tak mandi (mungkin sekadar meneman atau menjadi tukang jaga barang) hanya dikenakan charge separuh harga (RM10.00) Aku ngan wife memang plan nak mandi sebab siapa nak pegang Iman nanti. Setelah meletak barang-barang (beg, selipar) ke dalam peti keselamatan (RM3.00 untuk satu token) apalagi..serbuuuuu!!

Iman kesejukan..airnya agak sejuk memandangkan ia berada di dalan bangunan yang berhawa dingin. Sewa pelampung kanak-kanak RM5.00 namun deposit RM5.00 dikenakan. So kena bayar RM10.00. Tapi Iman tak nak naik lak. Last-last adik-adik ipar aku yang main. Setiap tiang seri di dalam Theme Park ini dihias dengan simen pero berbentuk sotong, ikan dan hidupan laut yang lain. Memang menarik. Daripada segi keselamatan memang ada LifeGuard yang standby. Ia seperti satu kolam yang besar. Kalu ikut kedalam air adalah jejak sampai peha aku. Korang agak-agak je la.heheh. Ada permainan gelongsor air yang besar namun tidak panjang macam kat Gambang,Kuantan yang kami pergi dahulu.

Banana boat ni free jek..mainlah puas2!


Tu gelongsor besar..nampak ke?

Mummy xde..jadi cameraman..

Lari..lari..ada sotong besar!

Pada aku untuk bawak anak-anak memang berbaloi. Bagi golongan dewasa agak kureng sikit la..Tapi berbaloi gak untuk 1st Indoor Water Theme Park di Johor ni..

Selepas mandi kami pergi melantak..Ada satu restoren 'Bangkok Village' yang menyediakan makanan melayu dan Thai..Dia punya Tomyam memang caraaa habiss!! Takleh handle kesedapannya.. Menu tengah hari adalah Tomyam Seafood, Ikan Siakap Stim masak sos kicap, Kerabu mangga dan nasi putih..okeylah makan 5 orang baru RM57.00.

Selepas makan dengan pantasnya aku mengajak semua untuk gi tengok cite wayang apa yang best..Nak cari movie yang ada 3D. maklumlah tak pernah tengok. Iman lak tadi masa makan dia tido..so aku rasa time yang canteek la untuk nonton, tapi pandai lak dia,lepas bayar tiket (RM18.00 untuk 3D movie) dia boleh bangun lak. Kami menonton cerita MEGAMIND. Mula-mula Iman duduk diam. Tapi dia pelik gaklah tengok kami semua memakai cermin mata khas untuk 3D movie. Tak sampai separuh cerita, Iman boleh main tangga..nak jalan-jalan. Siap boleh jerit-jerit lak. Maka aku dengan rela hati keluar dari Panggung dan ajak Iman ke Amusement Park. Tengok je lah gelagat dia..heheh

Siap tukar gear tuhh

Iman dapat kawan baru..(anak sapa ntah)

Iman nak tgk cite apa?

Comelll!!

Bukan main lagi dia eh..

Rumah hantu...aarrgghhh!!

Mummy dan adik-adik ipar masih lagi di dalam. Ada lagi 45 minit untuk aku melayan Iman. Jom Iman kita main naik keta!. Ingat lagi kecik-kecik aku sampai golek-golek kat lantai nak main benda alah ni.


Penuh semangat!


Hehehe...Tu yang aku dengan pantas beli token sebab xnak sifat tu diwarisi anak aku ni.hahaha..Setelah puas menunggu dan diaorang kuar..kami pun pulang dengan diiringi hujan lebat. Balik pun tak berapa jem di highway Pasir Gudang.

On the way balik aku ajak semua melihat sebentar rumah baru kami di Nusa Idaman. Aku memang dah selalu tengok. Diaorang jarang tengok sejak rumah dah 50% siap ni..

Yeah yeah!

Hujung tahun depan InsyaAllah kami akan berpindah ke rumah baru. Banyak kena prepare nih.

Malam dalam pukul 8.30 aku dah lapar balik. Maka dengan pantas Mummy buat kuah marinade dan aku potong daging..nak buat lamb chop.

Pakai elektrik..
laapar!!!

Kebetulan aku ada tempat grill electric hadiah daripada rakan sekerja di Nusa Idaman. Yang best nya tempat grill ni tak payah guna arang (sebab elektrik) dan cepat! Peram daging dalam 1 jam..maka nasib ko lah daging kena grill..Alhamdulillah..

Satu hari yang penuh dengan aktiviti. Rasa puas..Esok dan lusa aku cuti lagi. tapi wife keje..tinggallah rumah sorang-sorang. Apa nak buat ek???

Monday, September 27, 2010

Glamour tahun ini..

Alhamdulillah..akhirnya siap juga advertisement untuk Nusa Bayu. Syukur kerana kami antara yang terpilih untuk jadi model projek tu. Lain macam rasa bila tengok gambar sendiri dan family serta rakan-rakan yang lain di jambatan (interchange kat Columbia Asia,2nd Link,JB) dan juga jalan nak masuk ke Kipmart Tampoi,JB. Ada juga yang kecik kat projek site..Malu pun ada. Tahniah kepada yang lain..terima kasih pada Pn.Yazidah dan team. Dapat gak merasa glamour..ramai yang perasan dan tanya..mudah-mudahan Projek Nusa Bayu akan mendapat keuntungan yang berlipat ganda dan aku pun dapat sales yang banyak sebab senang sikit nak jual..ada muka sendirik! Hahaha






Saturday, September 18, 2010

Pelakon M Rajoli meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.


"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini.


Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.


Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.


Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.


Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.


Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.-Bernama

Sumber :www.hmetro.com.my

Debaran kian tiba (Nostalgia Night 1)

Alhamdulillah, tahun 2010 ini bakal menyaksikan sekali lagi aku memikul amanah semua untuk menjadi Host Malam Aidilfitri@ Malam Nostalgia Aidilfitri UEM Holdings Berhad 2010. Cuma tahun ini aku akan berganding dengan bos aku sendiri, Kak Salina dan Kak Dee daripada Puteri Harbour..Dua-dua akak tau, bukan adik..so paham-paham je lah. Huhuhu.Diaorang best.kepala gila. Cuma bila ada 3 MC ni, everything kena plan betul-betul. Takut clash semasa bercakap nanti.

Tadi siang aku, epul,Pn Zalmiah, Yati, Nabila dan Salina ke Pulai Spring Resort, Johor Bahru. So tahun ni aku akan mengendalikan majlis ini di Resort la jawabnya. Tahun lepas aku conduct di Dewan Hayati, Bangunan Mawar,JB. Tempat ni selalu gaklah pergi sebab terletak betul-betul berhadapan dengan tempat aku main golf. So kira familiar la.

a


Masa ni tengah khusyuk berbincang..


Amacam?? ada berani? cantik gak tempat ni..


Macam-macam boleh berlaku kat sini..

Kami berjumpa dengan Director of Sales ,Mr. Soon bagi membincangkan apa yang patut. Besar gak tempat ni.!! Takpe..Stage Freight tak berapa sangat sebab aku dah boleh control (confident jek!) yang aku seram takut gabungan kami yang pertama kali ni agak sikit kelam kabut. Satu perempuan dan dua lelaki. Korang paham lah..Aku ikut je dan cuba sesuaikan idea yang diberi dengan apa yang aku akan buat. InsyaAllah..Rasanya okey lah..

Dalam pukul 6.00 petang kami berangkat pulang ke Nusajaya Centre. Aku kena balik cepat sebab dah lapar. Nanti aku akan update apa yang bakal berlaku..hahahaha (cuak campur tak sabar!)

Friday, September 17, 2010

Iklan yang menggemparkan!

Amacam?? best tak advertisement tu? Gila la skang ni. iklan ni di buat untuk invite satu party yang bertemakan 'Naughty Nurse'..So korang paham2 je la. dan yang bestnya di buat di sebuah hotel di ibu kota Malaysia.. Korang bacalah sendiri..Aku bukanlah nak dengki penganjur tapi agak-agaklah dengan advertisement macam tu. Sensiviti kena jaga kot lagi-lagi di Malaysia. Macam tak patut secara terang-terangan..
Iklan di di post di satu lama web sosial..Aku baru ternampak malam ni. Agak-agak ramai jugak yang 'LIKE' party macam ni kan?? Memangsecara terang-terangan nampaknya sekarang ni. Takkanlah kalau dah letak gambar macam tu pastu tema dia macam tu semua datang nak bual-bual kosong kan??
Korang pikirlah sendirik!

Thursday, September 16, 2010

Setelkan apa yang patut

Hari ini aku masih bercuti raya begitu juga isteri. Aku bercuti sehingga hari Ahad ini. Kesempatan ini aku gunakan sebaiknya menyetelkan apa yang tak siap.
Nak jadi cerita, sehari sebelum raya, pemegang pintu (Door Handle) Citra aku rosak. Tak boleh dibuka dari luar. Hanya dapat dibuka daripada dalam. Pulak tu kena kat bahagian tempat pemandu (akulah tuu) dan pintu penumpang belakangnya. Kalau yang belakang takpe..tapi kena kat pintu aku tu yang lemah. Kesudahannya, semasa raya aku perlu membuka daripada dalam. Apalgi menonggeng-nonggeng la aku. Kah kah kah..Kelakar betul. Malu giler. Tapi aku buat bodoh je.,. Janji aku dapat masuk keta. Kalau tak siapa yang nak bawak??
Hari ini pagi pagi aku dah ke Brothers Taman Universiti untuk membaiki pemegang pintu Citra. Risau gak aku kalau takde stok. Memang selalunya susah nak cari door handle Naza Citra ni. Spare part lain pun payah. Jadi kepada Tokey Naza sila lah ambil perhatian dan berikan kemudahan kepada pembeli-pembeli produk mu ini..
Mula-mula tokey kedai kata kena order. Esok baru sampai..Perrgghh aku dah lemah. Memang dah tabiat aku kalau aku nak jugak..memang aku nak cepat! Aku tak suka tunggu-tunggu! Namun setelah mendengar jawapannya..aku melakah longlai. Tiba-tiba dia panggil..
"Abang, you mahu itu barang kena tunggu 15 minitla. Nanti dia hantar!"
Yeezzaaa!! Okeylah..Berapa tokey?? Satu RM78.00 Upah pasang RM15.00!
Masak gua! Kalau dua dah RM186.00.. Tapi aku tak mau terseksa lagik..
Okeylah..kasi pasang!!

Barang yang lama..Ko amiklah Tokey! Aku malas nak simpan..

Dah lopong dah..masa ni tengah menunggu barang sampai..

Barang baru tak ambil gambar lagi. Tapi okeylah. Kaler tak jauh beza. So tak nampak janggal la..Terbang duittt!!!

Friday, August 27, 2010

Coretan sebelum pulang ke kampung..

Dah beberapa hari ni keluarga aku berkumpul semula di rumah kami sendiri. Selama ni Mummy dan anak-anak tinggal di rumah ibu mertuaku kerana masih di dalam jagaan selepas bersalin. Aku je yang sorang-sorang di rumah. Namun isteri dan anak-anak bukan 100% akan tidur. Macam dulu juga, bila aku ada training dan event, aku hantar pulang rumah mak. Aku tak nak kelam kabut. Time aku kadang-kadang tak menentu. Balik malam..pergi kerja awal. Kesian mereka. Aku tak sanggup nak tinggalkan mereka sendiri di rumah. Maklumlah kawasan rumah kami yang kebanyakan penduduknya warga asing (menyewa), jadi lebih baik aku hantar tidur rumah mak mertua.

Semalam Iman bermain sendiri ditemani aku kerana mummy tidurkan Afif. Bila ada anak ni aku pun kadang-kadang terpaksa menjadi kanak-kanak semula. Ini bagi membuatkan anakku tidak merasa janggal untuk bermain dan berinteraksi. Buat pertama kalinya Iman dapat completekan satu set game yang aku beli lama tu. Bila aku tunjuk warna yang tertentu, dia akan ambil dan masukkan. Final aku tepuk tangan bila dia berjaya habiskan..Seronok tengok anak makin pandai berinteraksi..

Malam ni kami sekeluarga akn pulang ke Yong Peng setelah hampir 4 bulan tidak pulang. Rindu betul. Ini juga pertama kali balik dalam bulan Ramadhan ini. Raya kali ni pun di rumah mertua. So lepaskan rindu la..Muhammad Afif pun buat pertama kalinya menjejakkan diri ke rumah Yong Peng. Apa yang merisaukan aku adalah Iman. Risau dia aktif di dalam kereta. Penat isteri nak menjaganya dan pada masa yang sama nak menjaga Afif. Nasib baik ada seat yang sesuai untuk dia. Tapi itu tak menjamin keaktifan anak aku yang sulung ni.hehhe. Mudah-mudahan selamat sampai..Amin

Iman ni agak-agakla..main sampai menjejes air liur..hahaha

Khusyuk bermain..

Pandai masukkan gelung warna tapi masih belum tahu saiz yang sesuai mengikut urutan


Gotchaaaa!!




Sunday, August 15, 2010

Bezanya Cinta & Sayang

Dibawah ini adalah berbagai arti mengenai cinta dan sayang:

Cinta adalah sesuatu yang suci, anugerah Tuhan dan sering tidak rasional. Cinta dipenuhi nuansa memaklumi dan memaafkan. Kesabaran, kesetiaan, pengertian, pemberian dan pengorbanan akan mendatangkan/menyuburkan cinta, sementara penyelewengan, egoisme, kikir dan kekasaran akan menghilangkan rasa cinta.

Sayang adalah satu rasa yg tulus.bukan sekedar rela dan siap melepas seseorang yg kita cintai dan kita sayangi.tulus untuk mencintai dan sayang kpd org terkasih dgn melihat dia lebih bahagia dengan orang yg dia cintai itulah cinta yg murnim di hati kita dan cinta tak akan tumbuh jika Allah yg maha BERKUASA atas segalanya tdk menghendakinya.

Cinta adalah perasaan yang timbul dimana adanya keinginan untuk saling mengerti dan memahami. Cinta merupakan anugerah terindah dari tuhan karena melalui cinta kita dapat merasakan keajaiban akan kehidupan mulai dari bahagia,sedih,sakit,menderita dll.

Sayang itu hampir mendekati cinta tp banyak orang yang salah mengartikan cinta dan sayang. cinta itu terjadi karena adanya getaran hati dalam artian terjadi secara alami dan sayang terjadi karena adanya sesuatu diri diri seseorg yg bisa membuat kt menjadi sayang dengan org itu.Kalo cinta sudah pasti sayang tapi kalo sayang belum tentu cinta.Dan ketika kita mencintai seseorang kita pasti akan memberikan yg terbaik buat org itu n berusaha mencintai org itu dgn cara yg sesempurna mungkin yg bs kita lakukan.

Sayang itu lebih abadi sifatnya. Ketika kita sayang ama seseorang maka kita takut kehilangannya. Tetapi cinta bisa berubah menjadi benci. Rasa sayang membuat kita ingin memiliki dan dimiliki. Rasa cinta membuat kita ingin menguasai.

Cinta adalah membiarkan orang yang kita sayangi bahagia.. kalo kamu memang bener2 sayang ma orang itu jangan bikin dia terganggu dengan kehadiran kamu, biarkanlah dia pergi mencari kebahagiaanya sendiri apabila dia sadar kamu yang terbaik buat dia maka dia akan kembali dengan membawa kebahagiaan sejati.Rasa Sayang itu melebihi dari rasa suka,rasa cinta. tetapi kasih melibihi rasa sayang, karena kasih melebihi semua rasa itu.kasih itu panjang sabar,murah hati, dan tulus keluar dari hati.

Cinta adalah perasaan suka-menyukai karena sesuatu dalam diri orang lain yang membuat kita tertarik hati dan berkomitmen. Cinta lebih banyak mengandalkan keadaan seseorang tersebut dalam berinteraksi dengan kita. Lain kata, cinta itu bersifat pemberian yang pamrih.

Sayang lebih mendekati kata Kasih (mengasihi).Sayang itu tulus,rela,dan selalu melindungi. Tak pernah padam,tak pernah redup dan tak pernah dapat tergantikan oleh apapun.
::Artikel dr Luzyansya

Monday, June 7, 2010

Kisah hidupku 1

Aku menamatkan zaman pembelajaranku di UiTM di akhir 2002. Memegang Diploma In Business Studies membuatkan kepala aku asyik terfikir pasal business. Tapi aku xde pengalaman. Aku takut kena tipu dengan orang kat luar sana..Apa nak buat ni??

Hubungan aku dengan si dia pun sudah lama. Dia bekerja di JB masa tu. Aku sayang sangat padanya dan disebabkan itulah aku mengambil keputusan untuk bekerja di JB juga.

'Dekat sikit..'

Pengalaman kerja pertama selepas tamat Diploma adalah sebagai Salesman atau Jurujual Kereta Proton di Bandar Skudai, Johor Bahru. Tapi gaji basic cuma RM300 sahaja. Selebihnya komisyen kereta sebanyak RM500.00 setiap biji kereta yang aku dapat jual. Huiisshh..kira gamble gak. Aku mana ada pengalaman jual kereta. Tapi aku cuba adapt apa yang aku belajar. Nasib baik kawan-kawan yang memang jauh lebih tua daripada aku banyak membantu. Dahla pasal kereta pun aku tak tau.. Mak dan ayah kurang yakin dengan tawaran kerja yang aku terima tu..katanya mana bokeh hidup setakat RM300.00. Kalau ada komisen pun berapalah sangat nak hidup di bandaraya Johor Bahru ni. Mereka memberi cadangan untuk aku cari kerja di Batu Pahat.

Fikiran aku kusut. Serba salah. Mana satu nak ikut ni. Karang xde restu payah gak..Aku cuba berbincang dengan kawan-kawan ofis. Mereka memberi galakan dan ada yang sanggup bercakap dengan ibu bapaku untuk memberi penjelasan. Aku pun memberikan keyakinan pada mereka. Akhirnya mereka bersetuju melepaskan aku untuk kerja dengan gaji ciput tu...Dengan menggunakan motosikal KRISS yang aku guna masa belajar..aku teruskan hidup bekerja sebagai penjual kereta.(Jual kereta tapi pakai motor je.hehehe)

Waktu itu dalam seminggu aku sibuk mencari rumah sewa. Pening gak kepala sebab aku bukan tau sangat jalan area JB ni..Maka menumpang la aku di rumah Pogo (ataupun @Inspektor Pogo sekarang) Hidup menumpang membuatkan aku rasa tak selesa..yelah..masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Kerja sebagai Jurujual di mana masa tak menentu membuatkan aku rasa tak selesa bilamana aku kena balik malam dan tak tentu masa. Aku rasa menyusahkan dia sekeluarga. Lalu aku usaha mencari rumah lain. Akhirnya bos tempat kerja aku bagi duduk di bilik tingkat atas ofis tanpa sebarang bayaran. Woww...jimat sikit.
Maka bermulalah kehidupan aku sebagai Jurujual Kereta yang tak bertauliah. Kehidupan aku sangat susah. namun aku sorokkan daripada kedua ibubapaku kerana tak mau mereka tahu. Tapi akhirnya mereka tahu juga yang aku susah kerana kerap juga aku minta pertolongan wang daripada mereka. Mana taknya, sarapan memang xde dalam list hidup aku, Makan tengah hari hanya air soya bean (dengan harapan kenyang) dan roti RM0.50. Paling tak tahan bila roadshow kat luar (korang selalu nampak bila pergi shopping complex-ada roadshow kereta) Laparnya ya Allah...Tapi aku terpaksa tempuh menu tu juga. Malam baru aku dapat makan nasi goreng dan nescafe. Pernah air mataku menitis waktu makan malam mengenangkan nasib. Tapi aku harus tunjukkan pada keluarga dan awex aku yang aku mampu!
Pernah aku dicemuh kerana aku menggunakan motor sedangkan aku sibuk jual kereta. Akhirnya aku terpaksa menipu dengan menyatakan 'keretaku' rosak dan berada di bengkel. Alhamdulillah..setelah 5 bulan hidup dalam keadaan 'menyedihkan' aku mendapat customer pertama. Dia beli Waja..Dapatlah extra RM500.00. Maka gaji aku pada bulan tu RM800.00. Masa tu dah cukup suka..banyak tu. Duit hasil titik peluh aku.
Hari ke hari aku mengumpul pengalaman berhadapan dengan customer yang pelbagai ragam. Pernah jua aku di ugut kerana menipu customer sedangkan bukan niatku. Company yang janji nak deliver kereta bulan tu..tup tup extend bulan depan. Dah la masa tu nak raya..Aduss..Aku terus report polis. So far selamat!
Kemahiran ku semakin bertambah..hinggakan bapaku jua menukar Van Rusa nya ke Proton Waja. Aku bangga kerana dapat menolong ayahku. Namun perjalanku di Proton Dealer hanya sementara..berlaku satu insiden yang membuatkan aku terpaksa melangkah keluar setelah hampir setahun lebih di sana.....

Tuesday, June 1, 2010

Warna Hanger pilihan anda!

Koleksi Warna Hanger Tudung.

Cepat..Stok Terhad!

Colour : Kuning+Purple

Colour : Kuning+Pink

Colour : Kuning+Oren

Colour : Pink+Oren

Colour : Hijau+Oren

Colour : Hijau+Pink

Colour : Biru+Pink

Hanger tudung- Sayangi tudung anda yang mahal tu!

Sekarang semakin ramai yang menggunakan tudung moden seperti jenama Arriani dan sebagainya..Berapa anda beli tudung tu? RM10?RM30? malahan ada yang mencecah RM100.00!!

Tetapi sekiranya anda tidak menjaga seperti meletak bersepah-sepah dan ada yang menggantung di paku sahaja sehingga meninggalkan kesan bintik dan meninggalkan bekas serta membuatkan kualiti kain semakin teruk..

.TIADA GUNANYA MEMBELI TUDUNG YANG MAHAL-MAHAL!!

KINI ADA PENYELESAIANNYA!

Dapatkan Hanger tudung yang cantik dan fancy ini untuk menggantung tudung-tudung kesayangan anda..Antara kelebihan Hanger Tudung ini adalah:

1. Khas untuk wanita Muslimah yang kini semakin ramai menggunakan tudung yang keras di hadapan. Jadi selepas ini tiada lagi masalah untuk menggantung tudung anda. Tudung anda tidak akan renyuk dan rosak lagi.
2. Mempunyai 28 lubang untuk menggantung selain tudung seperti Tali Leher, Selendang dan Tali Pinggang.
3. Mempunyai pelbagai warna yang menarik.
4. Kualiti besi yang keras dan tahan lama.
5. Harga yang berpatutan.
6. Boleh digantung di mana sahaja.

MEMPUNYAI 28 LUBANG YANG BERSAIZ BESAR

BOLEH DILIPAT DAN MUDAH DIBAWA KE MANA SAHAJA!


Macamana?? Sekiranya berkenan dan berminat bolehlah hubungi saya di 016-7893926 atau Rasidah di 014-6149452 untuk keterangan lanjut.

HANYA RM30.00 SAHAJA!

Jangan biarkan tudung anda yang mahal-mahal tu rosak hanya kerana anda tidak tahu menjaganya..