Followers

Wednesday, August 3, 2011

Berpuasa seisi keluarga

Alhamdulillah. dah 3 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan kita semua dilimpahi rahmat dan hidayah daripadaNya. 1st day puasa aku berada di Yong Peng bersama semua sekali ahli keluarga Ateh (My dad). Seronok sebab semua ada. Kami jarang bertemu. Dalam setahun hanya 4,5 kali sahaja memandangkan duduk jauh. Mak dan ayah yang paling gembira sebab cucu-cucunya, Iman dan Afif (anak aku) dan Rizqin (anak Uda) dah semakin membesar dan pelbagai keletah.

Dua hari sebelum berpuasa, kami adik beradik lelaki (5 orang semuanya) serta Ben (Adik ipar) dan ayah ke kubur arwah Atuk & nenek serta pakcik di Ayer Hitam. Keadaan kawasan kubur bersih, barangkali ada yang membersihkannya. Alhamdulillah. Tak banyak yang perlu dibuat. Al Fatihah dan ayat-ayat lazim dihadiahkan kepada mereka. Selepas itu kami melawat makcik yang berada di Kampung Kota Dalam.
Sehari sebelum berpuasa kami dibelanja oleh ayah ke Nasi Baryani Power di Taman Soga Batu Pahat. Memang meletup!! Power gila!! Pada mulanya tempat penuh, tapi sebab dah lapar punya pasal semua sanggup tunggu depan kedai. Restoran ni amat popular di Batu pahat dan pernah masuk Rancangan 'Warung Kita' di Astro Prima yang dikendalikan oleh Farouk Hussein. Selepas makan Uda (adik) terpaksa pulang ke Shah Alam kerana bekerja esok hari. (Selangor tak ambil cuti 1st day puasa) Kesian dia..

1st day Puasa disambut sederhana. Mak menghidangkan kami dengan bubur lambuk sebagai juadah berbuka. Kehebatan mak dalam membuat bubur lambuk tak boleh dipertikai. Memang sedap!!!. Ada sirap bandung soda, pepes dan kuih keria. Tapi keseronokan tu hanya dapat ku rasa sehari kerana pagi esoknya selepas subuh, kami sekeluarga perlu pulang ke Johor Bahru untuk kembali bertugas. InsyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi. yang penting Raya kali ni di Yong Peng (rumah aku) yeaaahhh!!! hahahaha

No comments: