Followers

Friday, August 26, 2011

rasa macam menyesal pulak

Semalam aku ke kedai dobi di Gelang Patah. Niat di hati nak hantar 4 pasang baju raya. Maklumlah,nak basuh sendiri takut material baju akan rosak. Tahun ni wife beli kebaya. So memang kena hantar dobi la kiranya.

"Ambil hari Ahad ye bang,banyak baju nak basuh ni",kata gadis pekerja kedai dobi tu.

"Hmmm.okeylah.",kataku walaupun rasa lama sangat. Takut gak tetiba kedai tutup hari Ahad. Tapi dah dia kata buka,jadi aku setujula.

Lantas aku keluarkan baju 4 pasang tu dan tunjuk kepadanya. Sekali dia boleh cakap yang disebabkan itu baju-baju baru,jadi dia cuma rendam dalam softland (pelembut kain) dan seterika sahaja.

Aikkkk!! Kalau macam tu akupun boleh buat sendiri. Lagi wangi aku rasa kalau aku buat. Tapi disebabkan xnak memalukan diri sendiri dan mungkin rezeki kedai tu,aku hantar je la.

Dalam hati terkilan dan rasa rugi gak. Sebenarnya hantar dobi ni untuk orang yang 'malas' macam aku jek. Hahahhaa. Maaf ye. Tapi itu hakikatnya. Aku bukanlah seorang yang malas nak basuh baju tetapi selalunya aku hantar baju yang memang tak boleh nak dibasuh mesin basuh aku dan seperti comforter serta selimut.

Takpelah..dah tercakap nak buat macam mana. Rezeki ko. Ambik je lah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: