Followers

Tuesday, August 16, 2011

Lidah lebih tajam daripada mata pedang!

Macam pelikkan tajuk entry aku pagi-pagi di bulan Ramadhan yg ke 16 ni? Pada aku tak pelik sebab korang dah biasa dengar.

Sebenarnya aku cuma nak luahkan rasa kesal pada sesetengah umat di Malaysia ni terutamanya orang sebangsa dan seagama aku juga. Ini berkenaan isu politik yg sering menjadi isu hangat tak kira kat kedai kopi,internet,tv dan mulut manusia tu jugak. Aku bukanlah seorang yg taksub sangat dan pro mana2 pihak. Lebih kepada menyokong mana yang berhak dan bagus demi agama,bangsa dan negara.

Sebenarnya aku bukan nak tuding jari kepada pemimpin2 yg sedia ada. Tapi aku nak cakap sikit kepada penyokong2 yg tak berfikiran waras dan letak tahap pemikiran mereka kat kepala lutut. Ini lebih kepada yang suka komen dan bercakap tanpa dalil akli dan nakli,tapi lebih kepada anggapan dan intuisi daya takluk kepala otak diaorang. Gilalah ayat aku.hahaha. Senang ceritalah,kalau korang setakat dengar dari mulut orang dan daripada sumber-sumber yang belum tentu asas kukuhnya tanpa bukti,janganlah memandai mengata,mengutuk,mengeji serta membuat andaian buruk pada mereka. Dahlah sesama Islam. Sama2 mengucap syahadah. Tapi main hambur jek cakap yg bukan2,siap nak post kat laman sosial. Malu kalau orang bukan Islam tengok dan baca. Kalau salah macamana?jadi fitnah tau!! Bila korang nak minta maaf ?. Ini jenis penyokong yang membabi buta la ni. Memang korang ada hak untk berkata,tetapi fikirkan dahulu kesannya. Kalau korang memang ahli politik yg berwibawa,teruskan hujah anda dan tegakkan kebenaran tanpa menjatuhkan maruah seseorang. Senangkan? Issshhh apala nak jadi korang ni.

Pada aku lebih baik berdiam diri jika tak tau asas kukuhnya sesuatu perkara daripada korang membebel,cakap main sedap mulut tanpa tau fakta tu sahih atau tidak. Tak dosa pun. Sampai tahap mana percakapan korang tu akan pergi? Paling kurangpun kawan2 je yg dengar.last2 habis kat situ.Kalau berani pergi bersemuka dan cakap terus terang daripada menyebarkan fakta yg salah. Bukan orang lain,kita semua kan dari benih Nabi Adam dan Hawa. Dan yg penting seagama.

Maaf kata kerana aku nampak dan dengar dengan jelas apa yg korang sume cakapkan. Aku cuma nasihatkan takut2 kita tak sempat minta maaf. Salah atau betul,itu Allah yg Maha Mengetahui. Kenapa bangsa lain boleh maju? Sebab mereka BERSATU DAN SALING MEMERLUKAN. tapi kita? Hanya saling menjatuhkan untuk naik lebih tinggi,kalau boleh cecah langit. Sekali jatuh,masyaAllah. Berdebuuukkkk!!! Mentaliti atau disengajakan? Wallahua'lam.

Kita bukan setakat satu MALAYSIA tapi kita SATU ISLAM. Jahat atau buruk perangai korang,mati tetap disembahyangkan dan ditanam. Bukan dibakar! Kerajaan dah lakukan yg terbaik dan bukan salah pembangkang wujud. Kalau hanya ada satu pihak,negara takkan maju kerana tiada 'pertandingan' sesama parti. Jomlah kita bersatu hati dan sama2 memajukan lagi negara kita yang tercinta tanpa rasa irihati dan dengki. Harta kat dunia ni kejap jek. Di SANA nantilah harta yg akan kekal selamanya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

HudaAteh said...

org yg pro sgt politik ni, sbnrnya jenis org yg x membaca......harap belajar tinggi tapi otak letak bawah tapak kaki...sowi ye...kasaq sikit..kena la dengan tajok ko...ngehngehngeh

Mohd.Noor Azam bin Ateh. said...

Cis,ko baru asah lidah ke?hahahaha.