Followers

Monday, August 15, 2011

Oh Galaxy Tab ku!

Aku dah pakai Samsung Galaxy Tab ni hampir setengah tahun. Memang banyak kegunaan dan menduduki carta Smart Phone aku yg paling atas tercanggih la. Tak sia-sia aku beli Samsung Galaxy Tab ni walaupun harganya banyak beza lebih murah sekarang berbanding masa aku beli dulu (first version model-baru kua kat market aku dah angkut).

Tapi dua tiga menjak ni ada problem la. Mula-mula charger x boleh ngam. Puas tonyoh,baru boleh. Lepas tu selalu sistem hanged dan restart semula.Tension jek. Dan yang paling baru,automatik shutdown. Battery charged full,tapi bila guna,tak sampai 15 minit dah kong! Geram lak aku. Cuba gak update software sendiri,ni kira dah pakai latest firmware 2.3 gingerbread lagik.x main dah froyo!hahaa.tapi masih macam tu. Format dah banyak kali. Funah harapan!

Hari ni setelah banyak kali aku tangguh untuk ke servis centre Samsung,maka melangkah gak kaki ni.nasib baik tutup lambat. Lepas keje terus berdesup!!

Pekerjanya peramah dan baik. Aku terus terangkan masalah Tabby aku dan dia kata ini masalah battery gak. So kena ganti battery baru. Terus teringat yg Tabby aku masih ada warranty. Tapi dia kata warranty battery 6 bulan jek. Adussss..camne ek. Aku terus ambil resit masa beli dulu dan serahkan pada technician. Tau tak dia cakap apa??

"NASIB ABANG MEMANG BAIK,TINGGAL DUA HARI JE TAMAT.."

Pergghhh lega aku. Kakau tak ntah berapa lah harga original battery ni. Semua proses hanya mengambil kurang 15 minit. Syabas Samsung!!! Boleh balik cepat berbuka.

So far sejak aku pakai dari petang tadi,dah takde masalah auto shutdown and cannot restart even battery masih banyak. Alhamdulillah. Lega.
Published with Blogger-droid v1.7.4

5 comments:

SEBAIK-BAIK CAHAYA said...

cantekkkk..lepas ni leh main game..hehe

Mohd.Noor Azam bin Ateh. said...

Tu yg buat rosak tu.hehehehe

About Us said...

Xperia kak ngah pon gtu......beli bateri ori pon mcm tu gak..rupanya slot bateri yg rosak..ni dah setengah bulan hntr warranty....lom siap!...tensi betol pakai hp kedai yg xberapa nak canggih ni...hahaha

Mohd.Noor Azam bin Ateh. said...

Uda,abang pun tak tau la okey ke tak?hari ni baru dapat test hp.kalau tak okey,hantar balik. Nasib baik beli daripada direct dealer.kalai beli kdi handphone Ah Meng,kompen berbulan nak tunggu.

HudaAteh said...

haritu pon gtu....dah ok...pastu soknye jadi balik....siap beli charger baru...bateri baru...sekali rupanya slot yg rosak..hampeh..rugi aje beli semua baru.....