Followers

Friday, May 25, 2012

Daripada nak maki terus ketawa!! Hahahaha

Cerita ni bukan pasal aku. Tapi seorang sahabat baik aku. Aku panggil dia Epul jek. Ceritanya begini...

Dalam perjalanan menuju ke suatu tempat, waktu tu jalan tu ada 2 lane. Kelajuan masa tu adalah dalam 70km/j. Epul memandu agak tenang. Lagi 200 meter dia melihat ada kerja pembaikan jalan yang sedang dilakukan. Kerja-kerja itu membuatkan jalan menjadi satu lane sahaja. Sebagai lelaki sejati lah kononnya, dia menekan pedal minyak kerana tak jauh di hadapannya (sebelah kiri) ada sebuah teksi yang juga cuba untuk laju. Masing-masing berebut nak mendahului masuk ke lane yang telah menjadi satu. (Epul memandu di lane yang disediakan, manakala teksi itu memandu di lane yang ditutup di hadapan). Epul yakin dia dapat mendahului kerana berada di lane yang disediakan. Namun tidak semena-mena 'uncle' teksi tu cuba memintas dan menghimpit Epul...

Apalagi, epul (seorang yang panas hati gak) terus menghalang dan menekan hon dua tiga kali. Tapi katanya yang pelik, uncle teksi tu masih lagi nak menghimpit keretanya dan seolah-olah mengendahkan honnya. Dengan bacaan Bismillah dia terus tekan pedal minyak dan memperlahankan kenderaan betul-betul di sebelah teksi. Niat di hati memang nak maki. Tapi terus tak jadi dan hanya ketawa terbahak-bahak!

Semasa melihat ke arah Uncle teksi tu dengan berbekalkan semangat pendekar nak memaki, Epul melihat Uncle tu sedang memegang-megang telinga kanannya. Seolah-olah sedang menekan sesuatu..Apa dia buat ni???

Laaa....rupa-rupanya Uncle tu pekak (cacat pendengaran). Waktu Epul hon tu dia masih belum pakai atau sedang berusaha untuk memakai Hearing Aid (alat pendengaran)..

Patutlah dia tak dengar...HAHAHAHAHAHHA

No comments: