Followers

Tuesday, January 22, 2013

Setiap rumah perlu ada Kit Pengurusan Jenazah


Dah beberapa bulan bila aku solat di rumah mak mertua, mata ini akan tak lepas pandang ke arah satu kotak berwarna hijau di sudut bilik sembahyang. Terdetik dalam hati bila terbaca di kotak hijau tersebut 'LIT LENGKAP PENGURUSAN JENAZAH'! aiiikkk..buat apa mak aku beli ni?? Mungkin dia beli untuk belajar pengurusan jenazah. Dalam kepala berfikir kemungkinan ada buku-buku panduan di dalamnya dan gambar untuk menerangkan kaedah menguruskan jenazah. Itukan salah satu Fardhu Kifayah. Aku sendiripun tak mahir dalam bab pengurusan jenazah. Baguslah kalau dah beli. Nanti boleh ngecek-ngecek nak belajar. Kotak itu aku biarkan tanpa disentuh.

Namun begitu, hari demi hari selepas solat maghrib (anak-anak dijaga oleh emak mertua, so memang hari-hari aku di sini) mata ni tetap nak memandang kotak tersebut cuma tangan ni tak tercapai nak membukanya. Mungkin sebab itu bukan barang aku dan tak eloklah buka tanpa kebenaran.. So biarkan je lah.

Namun setelah hampir 3 bulan, dua hari lepas aku tergerak nak membukanya. Memandangkan ada sedikit bahagian kotk tu dah terkoyak. Jadi aku pun buka. Bukak dulu nanti cakplah dengan mak. Kebetulan wife ada, so tak salah buka depan anaknya sendiri (Hehehe..sedapkan hati)

SubhanaAllah, setelah aku buka rupanya set berkenaan cukup lengkap. 

Segala kelengkapan untuk mandian dan mengkafankan telah siap disediakan didalam Kit ini. Ini sedikit perincian berkenaan item-item yang terkandung di dalam Kit yang bersifat Universal tersebut:

1) Kain Kapan 3 Helai

2) Kain kemban 1 Helai
3) Sarban / Tudung 1 Helai
4) Baju / Gamis 1 helai
5) Sarung Bantal / Sarung tangan kain 4 Helai
6) Tal 5 helai
7) Kapas 2 Gulung
8   Air Mawar
9) Air Sintok
10) Celak
11) Kapur barus
12) Minyak Attar
13) Sabun
14) Serbuk Cendana /Pacai
15) Apron Plastik
16) Plastik Sampah
17) Sarung Tangan getah 2 Set
18) Topeng Muka 1 set

Sekali jari ni menggatal nak pegang, terpegang pulak minyak attar. (Bagi sesiapa yang pernah menguruskan jenazah pasti korang tahu baunya macamana) sedikit scary pulak. Aku terdiam sejenak..Mungkin juga aku pun perlu ada kit begini. Mana tau waktu kematian nanti kedai tutup, duit takde, jadi tak payahlah bersusah susah untuk menguruskan jenazah.

Usaha pihak Dunia Kifayah sememangnya harus dipuji kerana bagi aku dengan adanya set kelengkapan seperti ini sekurang-kurang orang ramai tahu apa yang diperlukan untuk pengurusan jenazah dan tentunya  lebih memudahkan apabila ianya telah siap sedia dipakejkan sepertimana harapan Pengurus Besar Dunia Kifayah bahawa dengan adanya produk sebegini kerja-kerja pengurusan jenazah akan menjadi lebih teratur, kemas, mudah dan sempurna.
Rasulullah SAW  bersabda “Agama itu mudah oleh itu permudahkanlah jangan memayahkan, gembirakanlah, jangan meliarkan (menakutkan)”

Bau minyak attar tu melekat sampai tak boleh tidur aku. Heheheeh 



7 comments:

ANNA DHIR said...

Kit yg brguna, k.long beli..mn tau ade jiran2 yg memerlukan di saat susah..kite x tau..

Unknown said...

salam..tumpang tanya..kat mana ye nak dapatkan kit ni sekitar j.b..?

Unknown said...

Pejabat pos dah jual kit kifayah-yus-

Unknown said...

Pejabat pos dah jual kit kifayah-yus-

Unknown said...

Syabas dan Tahniah kerana anak-anak Muda pada zaman ini dapat merialisasikan satu kreativiti untuk memudahkan masyarakat memperolehi Set ini untuk keperluan sendiri dan ber sedia ketika menghadap kematian.

Unknown said...

Boleh saya tau harga nya..

Unknown said...

RM200 utk set Kit Kifayah ni.. Bole wtsup sy utk pembelian 0163459970.