Followers

Saturday, December 31, 2011

Proses deko-deko rumah baru.

Kemungkinan post selepas ini lebih kepada 'rumah baru' aku di Nusa Idaman, Nusajaya. Maklumlah rumah baru, so excited memang lebih. Lagi-lagi rumah pertama.

Setelah menunggu hampir 2 bulan, hari ini elektrik rumah aku dah dijanakuasakan..hehehe. Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak pemaju (kompeni sendiri) dan En. Azhar, staff TNB yang banyak membantu. Aku tak nak salahkan sesiapa. Apa yang penting?? rumah aku dah ready.

Hari Selasa ni ada T&C untuk cek semua point elektrik yang ada dalam rumah aku termasuk water heater, air cond point, auto gate dan bermacam lagi. Hari tu jugak dapat fius untuk meter aku. tak payahlah buat 'bypass' secara haram nih. hahahha. Tapi meter aku jalan okey, bukan curi elektrik tau.

Pagi ni Vika (amoi seksi) daripada Classy Renovation call. Ada orang nak ketuk dinding dan pindah paip kat kitchen aku. Ini kerana next week kitchen kabinet nak pasang dah. Nasib baik aku kerja (walaupun Johor cuti kerana hari hol Almarhum), dan terus ke rumah untuk buka gate.

Inilah keadaan dapur sebelum berlaku apa-apa.

Aku tak tau ni mamat indon atau myanmar. Tapi dia buat sorang-sorang jek. Okeylah tu. Jangan tak siap sudah. Aku bukak langkah ONG BAK nanti.


Masa ni dia tengah drill dinding untuk pindahkan batang paip. Punyalah bising masa aku ambik gambar. Tapi mamat ni ikat baju kat kepala jek. Aku ingat kalau aku cakap dengan dia lepas ni confirm dah pekak dah. hahahaha.

Harap-harap semuanya berjalan lancar sehingga aku duduk bersama keluarga aku. Dan harap-harap 'poket' aku cukup untuk semua ni. Hehehe. tapi kalau parent nak tampung sikit-sikit bagus gak. hehehehe. Murah rezeki. Amin.

No comments: