Followers

Monday, December 26, 2011

Mydin - Di Sebalik Tabir


Mydin Mohamed Holdings Berhad semalam melancarkan buku sejarah penubuhannya, Mydin Di Sebalik Tabir, atau versi Inggerisnya Mydin The Untold Story. Buku yang menceritakan tentang sejarah pahit maung pengasasnya, Tuan Mydin Mohamed, dalam membangunkan perniagaan itu ditulis oleh Pengarah Sumber Manusia Mydin, Datin Dr. Siti Hawa Mohd. Menurut beliau, buku itu memuatkan kisah tentang bagaimana MYDIN bermula daripada sebuah perniagaan kecil-kecilan sehingga menjadi salah sebuah pasar raya terbesar di negara ini.

Tambahnya lagi, idea untuk menulis buku ini bermula sejak tahun 1998, iaitu ketika beliau ditawarkan jawatan sebagai Pengarah Sumber Manusia di Mydin. “Namun, hanya dua tahun kebelakangan ini saya baru berkesempatan untuk melengkapkan penulisan buku ini,” katanya. Buku ini sesuai bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta perniagaan, tanpa mengira umur dan latar belakang sosial. Segala nilai murni yang ditonjolkan dapat dijadikan panduan oleh para pembaca, terutamanya bagi yang berada dalam bidang perniagaan untuk menjadi seorang peniaga yang berdaya saing.

Harga bagi buku ini ialah RM 12.90 bagi versi bahasa Melayu manakala RM 14.90 untuk versi bahasa Inggeris.

Finally the book is mine! semalam aku 'terjumpa' kat MPH, Taman Universiti. Memang bagus buku ni dan harganya sangaaatttttttttt lah murah! RM12.90 jek.  Pelik gak aku. Buat keje amal agaknya. hehehe. Tapi intipati buku ini cukup membuatkan aku nak pergi balik ke Mydin, Nusajaya untuk tengok sendiri budaya Mydenize! korang mesti tak paham apabenda tu kan? Tapi itulah budaya yang ada pada setiap staff Mydin, susun atur barangan, teknik bekerja di kalangan staffnya. Sehingga kan ada sejarah daripada barang-barang permainan yang dijual di Mydin tu. 

Beli petang semalam pukul 6.00 petang. Pukul 10.30 malam aku dah habis baca.  Ishhhh kena cari yang lain pulak la..

No comments: