Hari ini seperti biasa,aku pergi ke ofis sebentar (walaupun bercuti). Semasa hendak keluar,aku lihat 2 pasang sandal (termasuk sandal lumberjacks) ada di luar rumah. Dalam hati berkata,ah takpelah..tak payah letak di dalam.lagipun jiran sebelah ada. Sebenarnya dah terlambat.
Pulang sahaja ke rumah..oh,masih ada. Masuk rumah dan tutup pintu.Sesekali tedengar bunyi orang menyapu depan rumah. Rajin pulak jiran aku ni. Lantaklah. Aku sambung membuat journal. Tepat pukul 5 petang aku pun bersiaplah nak ambil wife dari tempat kerja,sekalu pandangan mata aku macam ada 'rasa something tak kena'APA EK??Hmmm,dalam kepala masih memikirkan apa sebenarnya yang berlaku. Ya Allah,sandal lumberjacks aku hilang!!! Selipar buruk lagi satu tu cantik je terletak. Aku ke depan sikit,mana tau jiran aku tersepak. Sekali ternampak ada sepasang selipar hitam memang canteeeekkk placing tak jauh dari pintu rumah aku. Baik pencuri ni,sandal aku kau curi,sebagai ganti,kau letak selipar kau!! Barua punya pencuri!!!
Hmmm.Allah dah janjikan rezeki masing-masing kat dunia ni.Mungkin ni rezeki pencuri tu,dan bukan rezeki aku untuk menjadi tuan kepada sandal tu. Tapi akhirat ada sebagai pengadilan. Aku redha je la..Walaupun dalam hati gerrraaaamm gak.
Nampaknya esok kena cari sandal baru. Selipar yang 'diberi' pada aku tu,aku biarkan je. Itu bukan milik aku. Tak naklah nanti aku pula yang digelar PENCURI kerana selipar tu bukan milik aku.
Published with Blogger-droid v1.6.9
2 comments:
dah ada tanda2 sebelum ilang tu,tp xhirau pun kan...rasa gelisah atau was2 itu la kite kene berhati2..be careful for next day
Tu lah.sixth sense abang x cukup kuat lagik.
Post a Comment