Followers

Saturday, May 7, 2011

Tugas digalas di hari minggu

Minggu ini MAPEX (Pameran rumah) di Kompleks beli belah City Square,Johor Bahru. Aku ditugaskan dari pukul 10.00am hingga 6pm.Inilah rutin aku bila ada event/roadshow. Kalau takde event,aku bertugas di ofis. Cuti hanya pada hari weekdays. Dah 5 tahun aku di sini. Sabor je laaaaa (hehehe).

Setibanya aku,orang dah ramai. Hanya aku seorang sehingga pukul 11 lebih sebelum aku dibantu staff daripada Putri Harbour. Tugas aku mempromosi dan menjual projek perumahan Nusa Idaman dan Nusabayu. Dapatlah juga prospek yang berminat dan dah set appointment esok. Alhamdulillah. Harapnya adalah booking.

Lunch aku ditaja oleh wife yang mengirimkan bekal (macaroni goreng). Dapat gaklah curi makan bila staff Nusa Idaman,Bob dan Koh tiba. Tekak tak selesa. Hidung pula selsema. Sungguh mencabar.

Pukul 6 lebih aku pulang dalam keadaan yang sangat letih kerana hidung masih tersumbat dan makin sukar bernafas. Parking kena rm12.00.huaaaa..nasib baik boleh claim. Menapak gaklah ke parking area sebab aku tak parking dalam bangunan kerana agak mahal.

Malam ni masih lagi tidur di rumah mak sebab esok aku kena hantar isteri dan anak-anak juga ke sini. Badanpun masih letih. Oh ya..adik iparku,Alim dah betulkan masalah di rumah aku. Rupanya kipas laman yang bermasalah. Motor dah rosak. Malas aku nak ganti. Lagipun bulan depan,insyaAllah masuk rumah baru. Kira tolak duit depositla.

Esok masih lagi meneruskan mencari sesuap nasi bagi diri dan keluarga tercinta.

Di kesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu tersayang,Pn Sharifah Bt.Ayob,ibu mertua yang dikasihi,Pn.Meriam Abd Samad,dan isteri yang sentiasa menyokong kejayaanku,Rasidah Bt.Othman.

Hanya Allah yang bisa membalas jasa kalian semua.Amin.

Published with Blogger-droid v1.6.8

No comments: