Followers

Thursday, May 5, 2011

Hajat masak nasi goreng blackpaper lebur

Hari ni aku bawa balik family cepat sikit dari rumah mak sebab nak masak nasi goreng blackpaper dan banyak kerja di laptop yang perlu dibuat. Maka sebelum Maghrib dah bergegas pulang.

Sampai saja di rumah,aku teruskan defrost ayam dan wife masak nasi.Sementara wofe mandi selepas tu,aku meneruskan perjuangan di dapur dengan membasuh pinggan. Anak-anak bermain di tengah rumah. Tiba-tiba....PPPOOOOOMMMM!

Bunyi meletup dari tengah rumah.Iman dah menangis. Keadaab gelap gelita.Wife yang berada di dalam bilik air terus keluar bertanya. Aku terus memeluk anak-anak yang ketakutan sambil tangan memasang LED handphone dan menalakan ke arah main switch. Cut off! Bau hangit tiba-tiba. Hmmm...ada yang terbakar. Wife kata nampak api letupan dari arah kipas tengah. Aku terus menelefon Hadi,rakan UEM yang memang expert. Setelah ditunjukajar,aku cuba buat seperti yang disuruh,tetapi hampa. Masih kena tendang switch tu. Give up! Aku tak nak memandai betulkan dalam keadaan gelap dan anak menangis.

Apalagi,kemas barang terus ke rumah mak di Gelang Patah. Nasib baik dekat. Kalau tak,tido hotel la jawabnya.

Maka esok ada kerja overtime aku kena buat..Hampa harapan nak makan nasi goreng blackpaper. Satu lagi ikan flower horn aku mati masa aku balik tadi. Aku boleh tutup oksigen dia. Innalillah. Mahal tu beli. Takde rezeki lagi.
Published with Blogger-droid v1.6.8

1 comment:

Ateh Salim said...

kesian pulak ayah baca...