Followers

Wednesday, March 2, 2011

hari cuti..apa nak buat?

Pertama kali aku nak ucapkan tahniah pada ayahku kerana hari ini adalah hari pertama beliau akan berkhidmat di sebuah sekolah di Melaka.Semoga berjaya dan jaga diri bebaik.Buat mak,jangan sedih2.Kalau rindu kat ayah,ajaklah Arif gi Melaka.Boleh jalan-jalan sekali.

Hari ini aku off day.Anak-anak di rumah mak.Aku sorang2 di rumah.Afif masih demam panas.Semalam aku dan isteri x cukup tidur.Iman,abang yg sulung pun dah macam nak demam.Memang selalu macam tu kerana mereka berdua berkongsi susu badan.Suhu badannya dah rendah,tetapi bila malam macam makin panas.petang ni pula aku perlu menghadiri Toastmaster meeting di Nusajaya.Aku perlu memikirkan kepentingannya.Anak hanya ada sekali,tapi meeting selalu ada.Tengoklah macamana nanti.

Pagi-pagi aku dah hantar isteri gi keje.Lepas tu sesi membasuh kereta yang dah macam JCB kotornya.Pakai rim kilat2 ni kena jaga betul2.kalau tak kilatnya akan pudar.Maka seminggu sekali WAJIB dibasuh.Shaiful,rakan sepejabat dah cal,bos ajak breakfast katanya.Aku kata nantila.Ada hal ni. Sebenarnya aku belum mandi lagi,seganlah.Hahahaa. Alamak,perut tiba-tiba berbunyi menandakan perlu diisi. Selesai basuh kereta aku ke satu restoran untuk makan,terjumpa pula En.Din,Zul, dan Helmi. Apalagi,joinlah mereka. En.Din belanja makan.segan pulak.Terima kasih En.Din.Ada masa saya belanja makan pulak.

Hari ni nak kemas uma.Aku pantang uma bersepah. Serabut kepala jadinya. Jadi aku berhenti di sini kerana banyak kerja yang perlu dibereskan walaupun aku bukan di ofis.

Jumpa lagi!
Published with Blogger-droid v1.6.7

No comments: