Followers

Tuesday, November 8, 2011

Terjaga pukul 3.30 pagi

Dah lama aku tak update blog ni. Memang busy yang teramat sangat. InsyaAllah ada kelapangan akan menyusul post yang lain.
Anak-anak yang merupakan harta kami dunia dan akhirat.Muhammad Iman dan Muhammad Afif.

Semalam kami sekeluarga baru dapat tidur di rumah selepas dua malam 'menginap' di rumah mertuaku di Pulai Indah, Johor Bahru sempena raya AidilAdha. Maaf kepada keluargaku di Yong Peng kerana tidak dapat pulang. Anakandamu hanya cuti sehari (pada hari raya tersebut) dan semalam bekerja seperti biasa. Jadi kekangan masa membuatkan anakanda tak dapat pulang. Maaf zahir dan batin.

Kami sekeluarga sekarang memang tidur awal sekitar pukul 10.30 malam kerana rutin seawal 7.00 pagi menghantar anak ke rumah mak mertua yang membantu menjaga mereka. Ini ditambah pula dengan kepenatan seharian bekerja.

Sekitar 3.30 pagi aku dan isteri dikejutkan dengan tangisan anak pertama Muhammad Iman. Kelihatan tangannya memegang perut mengadu kesakitan. Wife menyapu minyak panas. Kembung katanya. Itulah papa dah cakap, makan..makan..makan..ini asyik nak main je. Kesian juga melihat dia. Selesai menyapu minyak, wife membuatkan air milo panas dan lempeng susu untuk makan. Itupun hanya sedikit. Lebih banyak minum daripada makan. Senyap....kemudian menangis balik mengadu sakit. Sedih gak aku melihat dia mengadu sakit perut. Aku bingkas bangun. Masak bubur ayam untuknya dan sedikit keropok. Sambil memasak adiknya, Afif bangun juga. Mummy boleh pulak on Baby TV 618 astro. Maka kedua-duanya menonton TV pada pukul 4.00 pagi. Hurrmmmm...

Muhammad Iman yang semakin bijak. tapi tak suka makan.

Selesai masak. Aku suapkan bubur panas tadi. makanlah 4 suap. lepas tu tak nak dah! hisshhhhh..apa lagi aku nak buat untuk tambah selera Iman ni????? Susah nak makan..pening kepala memikirkan. Namun Alhamdulillah dia dah tak meragam. Mungkin sebab aku masak penuh dengan kasih sayang. Hahaha. terima kasih juga pada isteri yang melayan anak-anaknya.

Jam dah menunjukkan pukul 4.30 pagi. Kami sekeluarga dah terjagaa. Nak stay, masih awal pulak. Aaahhh tidur baliklah..

Maka kami 'selamat' tidur semula dan bangun sekitar 6.30 pagi semula dengan mata yang sembab.hehehe. Cobaaannnn!!!!

3 comments:

Anonymous said...

Terima kasih sbb bangun utk membantu pagi tadi.
😘

HudaAteh said...

Rizqin pon susah nak makan...k.ngah bg dia appetton alhamdulillah skrg dah nak makan tiap masa...tak banyak la setakat 5-6 suap tapi tiap waktu makan dia nak makan.....susu pon dah banyak....

Ateh Salim said...

Ayah sekarang di Hotel Empress Sepang sehingga 10 hb ni. Baru berkesempatan membaca blog abang.

Tip orang tua: Beri anak makan pada waktu yang sama. Jangan hari ini jam 11 besok jam 2 lusa jam 10. Sebelum makan (lebih kurang 1 jam) jangan beri apa-apa makanan ringan.

Jauhi terus makanan tak berkhasiat. Makanan tak berkhasiat tidak memberangsangkan pertumbunan fizikal dan mental.

Ayah masih ingat, anak2 pak ngah (masa kecik) tak pernah makan jajan. Selalu makan roti sebagai makanan tambahan. Sebab itu anak2 dia pandai.