Followers

Saturday, February 26, 2011

ragam anak-anak

Anak-anak aku semakin membesar.Anak yang pertama Muhammad Iman.Umurnya sudah setahun lapan bulan.Anakku yang kedua berumur tujuh bulan.Muhammad Afif nama diberi.Macam tak percaya sudah dua anak aku.Memang mencabar menjaga anak lelaki yang ligat.Aku dan isteri bersama-sama mendidik dan bersabar dgn apa jua cabaran dalam membesarkan mereka berdua.Kadang-kadang aku terlepas sabar dengan kerenah mereka.Maklumlah lelaki memang macam tu.Mujur isteri banyak bersabar dan aku lihat sifat keibuannya semakin menebal.Membesarkan anak yg pertama agak sukar kerana tiada pengalaman.Anak yg ke dua kurang sikit walaupun jarak antara mereka agak rapat.

Pengalaman melihat mak & ayah aku membesarkan adik-adik dijadikan panduan. Terima kasih kerana mendidik aku dengan penuh kasih sayang.Kini aku curahkan pada anak-anakku. Tapi aku lebih bersifat tegas pada mereka berdua.

Iman selalu menyakat adiknya.sama seperti aku sewakt kecil.Namun aku tau dia sayangkan adiknya seperti aku juga.Adik Afif pula hanya mengalah.Mungkin kerana masih kecil.

Aku akan berpegang kepada ayat Luqman Al Hakim "Didiklah anakmu mengikut peredaran masa" lebih kurang macam tu la.Sesuai dengan peringkat umurnya,setiap ajaran dan didikan aku sesuaikan.Paling menyentuh hati bila melihat anak yg sulung,Iman dah pandai mengikut gerakan solat bila aku sembahyang.kelakarpun ada.Hehehe,Alhamdulillah.
Published with Blogger-droid v1.6.7

4 comments:

Ateh Salim said...

Memang mencabar. Tapi kalau tak ada anak lagi tercabar...

Mohd.Noor Azam bin Ateh. said...

Hehe,mungkin yg belum ada anak tu belum sampai rezki anak.tp rezeki lain mencurah2.

Huda~Banny said...

mmg mencabar..........rizqin dah start lasak ni rasa penat sgt2...tapi seronok bila balik kerja, bg salam...dia terus laju kejar kat pintu...lagi menyentuh hati bila dengar azan....xberkelip mata tgk tv......ikut aku kot masa kecik..hahahahaa

Muhamad Fitri Bin Ateh said...

tu nshat luqman ea..bkn saidina umar,,heheh