Followers

Monday, June 7, 2010

Kisah hidupku 1

Aku menamatkan zaman pembelajaranku di UiTM di akhir 2002. Memegang Diploma In Business Studies membuatkan kepala aku asyik terfikir pasal business. Tapi aku xde pengalaman. Aku takut kena tipu dengan orang kat luar sana..Apa nak buat ni??

Hubungan aku dengan si dia pun sudah lama. Dia bekerja di JB masa tu. Aku sayang sangat padanya dan disebabkan itulah aku mengambil keputusan untuk bekerja di JB juga.

'Dekat sikit..'

Pengalaman kerja pertama selepas tamat Diploma adalah sebagai Salesman atau Jurujual Kereta Proton di Bandar Skudai, Johor Bahru. Tapi gaji basic cuma RM300 sahaja. Selebihnya komisyen kereta sebanyak RM500.00 setiap biji kereta yang aku dapat jual. Huiisshh..kira gamble gak. Aku mana ada pengalaman jual kereta. Tapi aku cuba adapt apa yang aku belajar. Nasib baik kawan-kawan yang memang jauh lebih tua daripada aku banyak membantu. Dahla pasal kereta pun aku tak tau.. Mak dan ayah kurang yakin dengan tawaran kerja yang aku terima tu..katanya mana bokeh hidup setakat RM300.00. Kalau ada komisen pun berapalah sangat nak hidup di bandaraya Johor Bahru ni. Mereka memberi cadangan untuk aku cari kerja di Batu Pahat.

Fikiran aku kusut. Serba salah. Mana satu nak ikut ni. Karang xde restu payah gak..Aku cuba berbincang dengan kawan-kawan ofis. Mereka memberi galakan dan ada yang sanggup bercakap dengan ibu bapaku untuk memberi penjelasan. Aku pun memberikan keyakinan pada mereka. Akhirnya mereka bersetuju melepaskan aku untuk kerja dengan gaji ciput tu...Dengan menggunakan motosikal KRISS yang aku guna masa belajar..aku teruskan hidup bekerja sebagai penjual kereta.(Jual kereta tapi pakai motor je.hehehe)

Waktu itu dalam seminggu aku sibuk mencari rumah sewa. Pening gak kepala sebab aku bukan tau sangat jalan area JB ni..Maka menumpang la aku di rumah Pogo (ataupun @Inspektor Pogo sekarang) Hidup menumpang membuatkan aku rasa tak selesa..yelah..masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Kerja sebagai Jurujual di mana masa tak menentu membuatkan aku rasa tak selesa bilamana aku kena balik malam dan tak tentu masa. Aku rasa menyusahkan dia sekeluarga. Lalu aku usaha mencari rumah lain. Akhirnya bos tempat kerja aku bagi duduk di bilik tingkat atas ofis tanpa sebarang bayaran. Woww...jimat sikit.
Maka bermulalah kehidupan aku sebagai Jurujual Kereta yang tak bertauliah. Kehidupan aku sangat susah. namun aku sorokkan daripada kedua ibubapaku kerana tak mau mereka tahu. Tapi akhirnya mereka tahu juga yang aku susah kerana kerap juga aku minta pertolongan wang daripada mereka. Mana taknya, sarapan memang xde dalam list hidup aku, Makan tengah hari hanya air soya bean (dengan harapan kenyang) dan roti RM0.50. Paling tak tahan bila roadshow kat luar (korang selalu nampak bila pergi shopping complex-ada roadshow kereta) Laparnya ya Allah...Tapi aku terpaksa tempuh menu tu juga. Malam baru aku dapat makan nasi goreng dan nescafe. Pernah air mataku menitis waktu makan malam mengenangkan nasib. Tapi aku harus tunjukkan pada keluarga dan awex aku yang aku mampu!
Pernah aku dicemuh kerana aku menggunakan motor sedangkan aku sibuk jual kereta. Akhirnya aku terpaksa menipu dengan menyatakan 'keretaku' rosak dan berada di bengkel. Alhamdulillah..setelah 5 bulan hidup dalam keadaan 'menyedihkan' aku mendapat customer pertama. Dia beli Waja..Dapatlah extra RM500.00. Maka gaji aku pada bulan tu RM800.00. Masa tu dah cukup suka..banyak tu. Duit hasil titik peluh aku.
Hari ke hari aku mengumpul pengalaman berhadapan dengan customer yang pelbagai ragam. Pernah jua aku di ugut kerana menipu customer sedangkan bukan niatku. Company yang janji nak deliver kereta bulan tu..tup tup extend bulan depan. Dah la masa tu nak raya..Aduss..Aku terus report polis. So far selamat!
Kemahiran ku semakin bertambah..hinggakan bapaku jua menukar Van Rusa nya ke Proton Waja. Aku bangga kerana dapat menolong ayahku. Namun perjalanku di Proton Dealer hanya sementara..berlaku satu insiden yang membuatkan aku terpaksa melangkah keluar setelah hampir setahun lebih di sana.....

2 comments:

Anonymous said...

sedih nye...
bile teringt cite dulu2..

Norhafiza Aisha said...

berapa purata awk jual kereta dalam sebulan??