Followers

Monday, January 28, 2013

Aku dulu pernah jadi cashier jugak!

Aku pernah jadi cashier di sebuah pasaraya di Segamat ketika masih belajar bagi mencari duit tambahan. Maklumlah,duduk luar. So kena ada duit lebih sikit. Pernah attend Normala Samsudin (rumah mak dia di Segamat. Cantik orangnya).

Bukan nak kata aku hebat,tapi kalau masuk challenge cashier,confirm aku menang. Kebanyakkan cashier yang aku jumpa langsung tak ada ciri-ciri seorang cashier yang efektif. Patut Malaysia ni kena buat pertandingan cashier terbaik. Bagi aku ada beberapa kriteria cashier yang bagus. (Ini apa yang aku buat dan belajar) bagi menyenangkan pelanggan dan buat pelanggan suka.

Antaranya:
1. Sentiasa bersedia dan bersemangat.
2. Setiasa senyum walaupun masa tu penat nak mampus. Kadang-kadang tak boleh duduk langsung.
3. Perlu kerja dengan pantas dari segi pemilihan plastik beg,susunan jenis barang, sentiasa standby dengan kod barang (kadang2 ada yang tak boleh dibaca,especially hot item)
4. Eye contact dengan pelanggan untuk 1st time approach dan masa transaksi payment sambil tersenyum.
5. JUJUR dalam pemberian wang kembali terutama syiling 5 dan 1 sen. (tapi kebanyakkan bos suruh bundarkan) aku tak pernah buat sebab aku tak suka sistem tu.
6. Bersih dan kemas. Jangan selebet  ex. baju terkeluar.
7. Offer barang lain (kan ada gula-gula or any small things kat tepi kaunter tu.). Bos pun suka sebab bagi lakukan jualan,p sebab biasanya setiap kaunterkan ada CCTV. Heeheh

Itu antaranya. Namun yang paling penting sekali adalah PANTAS!!. Kalau lembab, baik berhenti jadi cashier.

Namun bagi pelanggan pula,TOLONGLAH susun barang korang before bayar tu ikut jenis ex. Frozen food, makanan, racun, tin. Jadi cashier pun senang nak susun dalam plastik. Korangpun sure suka sebab cepat dan barang tak bercampur. Apa perasaan korang kalau minch meat korang satu beg plastik dengan Ridsect?? Bengangkan? Cashier pun manusia. Saling tolong menolongla. Memang aku dari dulu akan susun barang di kaunter before bayar sampaikan cashier pelik tengok aku susun teratur. Sebab aku nak cepat dan dia pun pasti akan cepat dengan susunan aku tu.

Itu saja untuk kali ni. Hormatilah cashier anda. Cashier pun jadilah efektif dan pantas. Korang pernah tengok tak cite omputih pasal skillfull cashier? Aku lupa tajuk dia. Tapi memang cool dan stylo cara dia susun barang dengan kepantasan yang mabeles!

Tuesday, January 22, 2013

Setiap rumah perlu ada Kit Pengurusan Jenazah


Dah beberapa bulan bila aku solat di rumah mak mertua, mata ini akan tak lepas pandang ke arah satu kotak berwarna hijau di sudut bilik sembahyang. Terdetik dalam hati bila terbaca di kotak hijau tersebut 'LIT LENGKAP PENGURUSAN JENAZAH'! aiiikkk..buat apa mak aku beli ni?? Mungkin dia beli untuk belajar pengurusan jenazah. Dalam kepala berfikir kemungkinan ada buku-buku panduan di dalamnya dan gambar untuk menerangkan kaedah menguruskan jenazah. Itukan salah satu Fardhu Kifayah. Aku sendiripun tak mahir dalam bab pengurusan jenazah. Baguslah kalau dah beli. Nanti boleh ngecek-ngecek nak belajar. Kotak itu aku biarkan tanpa disentuh.

Namun begitu, hari demi hari selepas solat maghrib (anak-anak dijaga oleh emak mertua, so memang hari-hari aku di sini) mata ni tetap nak memandang kotak tersebut cuma tangan ni tak tercapai nak membukanya. Mungkin sebab itu bukan barang aku dan tak eloklah buka tanpa kebenaran.. So biarkan je lah.

Namun setelah hampir 3 bulan, dua hari lepas aku tergerak nak membukanya. Memandangkan ada sedikit bahagian kotk tu dah terkoyak. Jadi aku pun buka. Bukak dulu nanti cakplah dengan mak. Kebetulan wife ada, so tak salah buka depan anaknya sendiri (Hehehe..sedapkan hati)

SubhanaAllah, setelah aku buka rupanya set berkenaan cukup lengkap. 

Segala kelengkapan untuk mandian dan mengkafankan telah siap disediakan didalam Kit ini. Ini sedikit perincian berkenaan item-item yang terkandung di dalam Kit yang bersifat Universal tersebut:

1) Kain Kapan 3 Helai

2) Kain kemban 1 Helai
3) Sarban / Tudung 1 Helai
4) Baju / Gamis 1 helai
5) Sarung Bantal / Sarung tangan kain 4 Helai
6) Tal 5 helai
7) Kapas 2 Gulung
8   Air Mawar
9) Air Sintok
10) Celak
11) Kapur barus
12) Minyak Attar
13) Sabun
14) Serbuk Cendana /Pacai
15) Apron Plastik
16) Plastik Sampah
17) Sarung Tangan getah 2 Set
18) Topeng Muka 1 set

Sekali jari ni menggatal nak pegang, terpegang pulak minyak attar. (Bagi sesiapa yang pernah menguruskan jenazah pasti korang tahu baunya macamana) sedikit scary pulak. Aku terdiam sejenak..Mungkin juga aku pun perlu ada kit begini. Mana tau waktu kematian nanti kedai tutup, duit takde, jadi tak payahlah bersusah susah untuk menguruskan jenazah.

Usaha pihak Dunia Kifayah sememangnya harus dipuji kerana bagi aku dengan adanya set kelengkapan seperti ini sekurang-kurang orang ramai tahu apa yang diperlukan untuk pengurusan jenazah dan tentunya  lebih memudahkan apabila ianya telah siap sedia dipakejkan sepertimana harapan Pengurus Besar Dunia Kifayah bahawa dengan adanya produk sebegini kerja-kerja pengurusan jenazah akan menjadi lebih teratur, kemas, mudah dan sempurna.
Rasulullah SAW  bersabda “Agama itu mudah oleh itu permudahkanlah jangan memayahkan, gembirakanlah, jangan meliarkan (menakutkan)”

Bau minyak attar tu melekat sampai tak boleh tidur aku. Heheheeh 



Saturday, January 19, 2013

Tanya nama bukan sebab nak ngurat awak..

Bertugas sebagai Eksekutif Jualan  memberikan aku banyak ilmu dan cara bergaul dengan masyarakat. Antaranya adalah sentiasa cuba mendapat dan mengingat nama orang. Kita akan rasa dihargai apabila nama kita disebut kerana itulah pemberian ibu bapa kita. Begitu jugalah namaku MOHD NOOR AZAM BIN ATEH.

Kisah ini berlaku pada hari ini di sebuah kedai telefon di dalam pasaraya di Tampoi Johor. Aku berminat membeli sebuah telefon dan kebetulan seorang gadis melayani aku dan keluarga (wife ada sama okehhh). Setelah berbincang kami sepakat untuk ke kedai lain bagi membandingkan harga. Manis juga gadis yang melayan kami tadi. Hehehee. Setelah penat berpusing, harga yang gadis tadi tawarkan lebih murah dan siap dengan extra gift. So aku ambil keputusan untuk ke kedai itu semula.

Tapi wife dah lapar banget memandangkan tengah hari tadi tak makan nasi. Jadi aku tinggalkan dia dan anak-anak di Restoran Singgah Selalu dan dia terus order Mee Hoon sup serta nescafe tarik.

Aku lantas menuju ke kedai pertama tadi dan mengharapkan gadis yang sama ada untuk melayan aku. Bukan apa,aku tau dia akan dapat komisen dengan pembelian aku nanti. Sebabnya dari awal dia sah attend aku,so dialah yang berhak dapat komisen. Itulah juga yang aku sentiasa harapkan loyalty daripada customers aku.

Sampai sahaja di kedai, aku lihay dia tengah attend satu customer. Takpe,aku tunggu walaupun ada rakannya cuba membantu aku.

"Tq, saya tunggu dia",jelasku sambil muncung menuju ke arah gadis melayu tersebut.

Setelah habis melayani pelanggan tadi,dia terus datang ke arahku sambil tersenyum. Aku membalas senyuman tersebut sambil jari telunjuk menghala ke arah telefon yang aku dah berkenan.

"Jadi beli ye abang?'

"Yup, harga kat tempat awak lagi murah"

Setelah memastikan semua aksesori dan telefon tersebut berfungsi, dia mengeluarkan resit seraya aku menghulurkan wang. Dan seperti biasa aku bertanya,

"NAMA AWAK SIAPA YE?", tanpa rasa bersalah aku bertanya.

Dia terkedu dan terus memandang tepat ke arahku.

"EH??ABANG NAK BUAT APA? SAYA DAH ADA BOYFRIEND LA!"

Eh...aku salah tanya ke..

"BUKAN SAYA NAK BERKENALAN DENGAN AWAK,SAYA MEMANG SUKA TANYA NAMA ORANG BILA BERURUSAN. JADI KALAU ADA MASALAH ATAU NAK BELI LAGI,SAYA AKAN CARI AWAK",jelasku sambil ada rasa sikit bersalah.

Setelah selesai aku terus memegang plastik beg bungkusan telefon tadi. Sebelum berlalu aku pusing sikit ke arah gadis melayu tadi.

"Terima kasih Farra!"

Dia tersenyum.. Aku tak tau dia senyum sebab malu dengan aku atau rasa seronok apabila namanya disebut oleh pelanggan yang menghargainya. Mungkin aku pelanggannya yang pertama menyebut namanya..

Tak kiralah apa pangkat dan darjat,tinggi atau rendah. Sentiasalah hormat dan hargai kerana di mata Allah ialah IMAN yang membezakannya..

Akupun berlalu pergi sambil tersenyum juga. :-)

(gambar hanyalah sekadar hiasan)

Friday, January 18, 2013

Hari ke tiga menjadi 'Bapa Tunggal'

Bunyi tajuk menyeramkan. Wife aku masih ada.cuma dia masih warded di Columbia Asia Hospital,Nusajaya. Hehehe. Cuma aku tekad menjaga dua hero (anak-anak) sendiri selama Mummy nya di hospital. Kebetulan pula akupun dapat MC 5 hari sehingga Ahad akibat masalah sendi kaki. Selalunya memang hantar ke rumah ibu mertua,tetapi kali ni berat hati sebab kasihan lihat mereka. Ayah mertuapun tengah tak sihat.

Menjaga 2 hero (satu 4 yrs dan satu 3 yrs) sebenarnya tak banyak masalah,cuma bila bergaduh tu yang buat aku pening sikit. Mulalah nak jadi incredible hulk. Heheh. Apa yang penting,mainan kena sediakan especially tab sorang satu (fully charged), biskut.makanan dan susu. Nak tidurpun mudah sebab selalunya aku akan berpura-pura tidur,nanti mereka akan tidur sendiri walaupun kadang-kadang lakonan pura-pura tu menjadi nyata. Aku tertidur terus! Hehehe.

Kemas rumah,masak, dan menyiram pokok bunga sempat juga dibuat cuma tak seberapa kerap sebab kaki kiri masih bisa. Terhincut-hincut jalan. Memang tak suka keadaan yang sepah,serabut kepala.

Hari ini.Jumaat mungkin wife akan discharge. Biarlah berehat di rumah,walaupun tak dapat bantu kerja rumah lagi,but she is on front of me. Anak-anak bangun awal. Papa da sediakan roti bakar jem peanut butter dan air milo. Papanya? Makan roti juga..wajib menurunkan BMI sekarang. Tubuh yang berat juga punca sendi kaki menjadi sakit. Tapi aku taklah berat sangat,cuma 90kg jek. Maintain sejak 3 tahun. Banyakkan makan sayur je dan minum air.

Okeylah,nak makan ubat dan sapu minyak di kaki. Hari ni nak gi cari kasut dan sandal yang sesuai untuk kaki. Aku tak lagi sihat macam dulu. Kena terima hakikat.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, January 17, 2013

Terima kasih daun keladi...

Pukul 4pm ayah,bonda, kekanda dan adinda datang melawat kami yang sakit ni dari Yong Peng. Adinda Uda (adik no.2) yg masih pantang pun ikut membawa baby Muhammad Nuqman Zhariff. Hilang sikit rasa sakit. Bonda juga membawa makanan yg di masak daripada rumah, itulah kasih bonda. Aku pun cuma masak bubur untuk anak-anak.

Sampai saja semua kepenatan kecuali anak sulung Uda, Muhammad Rizqin yang sibuk bermain dengan sepupunya,Iman dan Afif. Maklumlah lama tak berjumpa. Rindulah tuuu. Sepah rumah. Tak mengapalah anak anak sekelian. Nanti Ayahanda kemas semula. :-)

Selepas Maghrib kami semua bersama-sama ke Columbia Asia Hospital melawat my wife yang dijangkakan esok discharge. InshaAllah. Segalanya macam okey. Cuma kaki aku masih bisa-bisa lagi dan macam bengkak. Tak boleh nak stand lama-lama.

Terima kasih juga pada Farred (biras) dan isterinya Rafidah serta anak-anak yang datang melawat. Wife juga maklumkan Kak Longnya juga datang bersama anak-anak. Ayah dan ibu mertua dah datang pagi tadi. Alhamdulillah..doa kalian kami ucqpkan ribuan trima kasih.

Malam ni iman dan afif tidur lagi bertiga dengan Ayahanda. Tidurlah anak-anak. Ayahanda nak mengemas mainanmu yang bersepah sangat ni. Esok kita main lagi. Macam tak percaya boleh jaga dua hero ni untk 3 hari tanpa bonda mereka. Tabah dan berdedikasi gua nih..hehehe.

Selamat malam semua. Sesungguhnya dugaan Allah datang tanpa kita duga tapi bersyukur sebab itu tandanya Allah sayangkan makhluknya..Amin.

Dugaan awal tahun 2013

"Allah takkan menguji makhluknya diluar kemampuan mereka"

Itu yg aku pegang selama ni walaupun kadang-kadang memberontak. Apalah daya aku untuk melawan takdir.

16hb Jan 2013, aku dan isteri masing masing mengalami sakit. Aku sakit sendi yg sekian lama aku tahan di kaki kiri. Wife pula dijangkiti virus pada urine. Anak-anak Alhamdulillah...sihat belaka.

Tahun 1999 tapak kaki ku pernah koyak tisunya kerana terhentak sewaktu pertandingan silat di ITM ketika itu. Makan 2 tahun juga untuk sembuh. Tahun 2001,aku accident motor,bergolek dari depan kereta hingga belakang yg membuatkan lutut aku terkeluar tisu putihnya,,eeeiiiiii tapi itulah. Kenalah jahit lipan 8 luar dan dalam. Orang ingat aku dah mati tapi aku boleh bangun dan sorong motor ke tepi sambil memarahi kereta yg masuk lane motor aku.

Akhit tahun 2012,kaki kiri juga mengalamai kesakitan,bisa yg amat. Pernah ada ketika aku memakai tongkat sahaja di rumah. Tak boleh jejak kaki langsung.

Jadi 16 Jan 2013,Doktor di Columbia Hospital menyatakan tapak kaki aku flat. Disarankan menguruskan sedikit berat badan aku. Kemungkinan disebabkan beban yg terus ke kaki. Mungkin juga.kencing manis tiada. Cuma menunggu keputusan whole body blood test next week. Sabar je la. Masih terasa bisanya.

Wife pula admitted 3 hari. Nasib baik rumah dekat. Aku dapat MC 5 hari. So jaga je la anak-anak. Tak sanggup nak berpisah hantar ke rumah mak mertua. Lagipun ayah mertua tengah tak sihat.

Harap aku diberi kekuatan menghadapi dugaan ini. Bersyukur.mungkin ada hikmahnya....Amin

Tuesday, November 20, 2012

Terima kasih mak tak biarkan kami kelaparan

Aku memang daripada kecik suka tolong mak aku di dapur. Kalau x potong-potong bawang...aku akan cuci pinggan. Paling aku suka buat bila kemas dapur adalah waktu semua orang tidur. Jadi bila mak bangun dan ke dapur, dia akan terkejut melihat dapur dah bersih dan pinggan tersusun rapi. Satu kepuasan bila dapat buat surprise macam tu kat mak. Hehehe.ini semua juga sebab aku anak yang sulung. So kenalah tolong.

Waktu bujang semasa aku menyewa seorang diri di JB, aku lebih senang memasak daripada makan di kdai sebab aku tak suka makan sorang sorang. Kebiasaannya aku akan masak nasi goreng,bubur dan lempeng. Sebabnya makan sedikit saja sudah kenyang dan masak pun mudah. Jadi jimat dan cukupla untuk aku makan sorang.

Bila balik rumah mak,aku suka mencuba sesuatu yang baru. Pernah buat pizza dengan resepi sendiri. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri,tapi aku boleh masak dengan hanya melihat gambar makanan dan hasilnya 90% sama. Cuma selalunya aku masak untuk ahli keluarga dan jarang menjamu orang lain kerana takut citarasa berbeza. Adik adik paling suka kalau aku masak ayam bakar dengan resepi aku sendiri.

Bila berkahwin, aku dapat lihat wife lebih expert bidang pastry. Buat kek, pau dan western juga. Kadang kadang tak termakan bila selalu dibuatnya. Bakatnya mewarisi ibu mertuaku yang pakar buat kuih muih. Syukur.

Minggu lepas aku buatkan mee bandung. Bukan pakai pes mee bandung eh...buat sendiri tau guna udang kering. Superbbb!! 1st time buat. Siap bagi bos aku rasa..segan sebenarnya nak bagi sebab dia lagi expert bab masak ni, tapi bila dia kata sedap,Alhamdulillah. Boleh buat lagi.

Hari ini wife request ayam kenny rogers. Aku malas gak nak buat. Jam dah pukul 4pm. Wife balik pukul 6pm. Sempat ke?? Aahhhh buat je lah, masak pantas adalah kelebihan..jadi dalam masa dua jam aku dapat siapkan ayam panggang lada hitam, kentang putar, coleslaw dan nasi putih. Macam biasa, surpriseeee!! Terkejut dia bila balik kerja. Meja sudah terhidang siap dengan air rut bir. Aku tersenyum puas. Dapat makan sekejap saja sebab nak ambil anak-anak, malam ni sambung balik makan sambil tengok bola.

Setakat ni aku dah pernah buat ayam bakar,pizza,macaroni,spaghetti boloignese,chicken chop dan makanan biasa yang goreng-goreng

Terima kasih mak kerana ajar abang. Walau apa jua barang yang ada, insyaAllah abang mampu bantu wife masak. Kami tak akan kelaparan...



Sunday, July 1, 2012

Ternampak pocong menumpang naik motor..hiiiiiiiiii

Seram tak tajuk tu?? dan lebih menyeramkan ia benar-benar berlaku di Taman Pulai Indah,Johor Bahru!! grrrrrr takutkan?? Namun cerita ni berlaku kepada adik iparku dan ibu mertuaku. Bukan aku eh.

Ceritanya begini:

Waktu tu tengah hari dalam pukul 2.00 petang.(macam pelikkan waktunya?) Cuaca agak gelap kerana mendung. Walaupun rumah ibu mertuaku berdekatan dengan guard house dan jalan besar, namun hari ini suasananya sunyi dan agak kelam. Ketika adik iparku dan anak saudaranya bermain di laman rumah. Ibu berada di dalam rumah menjalankan tugas selepas makan tengah hari.

Dalam keseronokan bermain, tiba-tiba sorotan mata adik ipar menuju ke arah sebuah motor yang melintas di hadapan rumah. Entah kenapa hatinya begitu tergerak nak melihat motor itu walaupun sebelum ini berpuluh malah mungkin beribu motor yang lalu tidak dihiraukan, tetapi kali ni dia benar-benar terpaku melihat ke arah motor itu. Bukan untuk melihat jenis motor ataupun penunggang utama yang menunggang tetapi ke arah PENUMPANG motor tersebut.

Benarkah apa yang dilihat?? Sekujur tubuh berbalut kain putih seluruh badan duduk betul-betul di belakang penunggang utama tanpa disedari sambil balutan kakiknya terjuntai ke bawah (seperti anak dara menaiki motor, hanya duduk di sebelah bahagian).POCONGGGGG!!!!

Barangkali seperti ini..hiiiiiiiiii

Dia mengesat-ngesat mata. Betul! ini bukan mimpi. Tapi takkan di tengah hari. Dengan sepantas kilat dia terus berlari ke dalam rumah dan memberitahu ibu.

"Aaaahhh...tak percaya la!", reaksi spontan walaupun dalam benak fikirannya seakan-akan percaya. Tapi, aaaahhhh mana ada hantu tengah hari!!!

Selepas itu masing-masing senyap seketika dan akhirnya cerita tu habis macam tu.

Petang itu, ibu yang  berniaga ABC di hadapan rumah seperti biasa meghantar order daripada Guard yang bertugas. Mereka order 3 bungkus ABC Special. Sedapnyeee!!!

Tengah rancak berbual sambil menunggu bayaran ABC, tiba-tiba seorang guard bertanyakan ibu sesuatu;

"Akak nak tengok pocong tak? kami dapat rakam dalam CCTV. Tadi tengah hari berlaku!"

Tersentak ibu dengan soalan tu. Terus teringat apa yang diadukan kepadanya tengah hari tadi. Benarkah???

Tanpa disuruh Guard tersebut terus membuka rakaman CCTV dan naaaahhhh itu dia, pocong menaiki motor! Alamak...takutnyaaaa.

Tapi sesuatu berlaku bila guard tersebut hanya ketawa. Eh dia ketawakan aku ke? Kenapa ni???

"Kak, jangan takut. Itu tipu punya. Hari minggu ni sekolah depan tu ada buat majlis. Ada rumah hantu. Jadi itu budak bawa itu pocong tipu naik motor mau hantar itu rumah hantu laa.."

Bodoh betul laa!! apsal kau tak bawak naik kereta !!!!

Agaknya kalau datang sekolah hari Ahad ni waktu tengah hari, kita akan jumpa pocong ni tengah rehat sambil makan..hehehehe.

MACAM-MACAM!!!!!

Saturday, June 30, 2012

Bila roadshow berdekatan McDonald dan The Coffee Bean

Yess..itulah tajuk hari ni.. minggu ni ada roadshow di Plaza Pelangi,Johor Bahru. Hari ni aku masuk duty pukul 12pm sampai 8pm. The one n only malay guy selain Koh dan Nigel. Pagi pagi wife da bekalkan kuih pau untuk makan. Aku ni bila takde geng memang malas nak makan. So makanya hari ni makan pau kelapa je la..

Tapi yang membuatkan nafsu melantak aku bergelora ialah bila booth kami diapit oleh Mcdonald dan Coffee Bean. Waduh waduh...habis program FAST BURN aku. Takpe kuatkan semangat..ambik bau jek.hahahahaha. nasib baik ada wifi free,so taklah boring. Customers tak ramai sangat. Adalah yang berminat but not so keen. InsyaAllah petang sikit okey agaknya. Nak kena wat sales banyak sebab nak raya dah ni.

Tapi memang best betullah bau bauan makanan kat sini....errmmmmmm

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, May 25, 2012

Daripada nak maki terus ketawa!! Hahahaha

Cerita ni bukan pasal aku. Tapi seorang sahabat baik aku. Aku panggil dia Epul jek. Ceritanya begini...

Dalam perjalanan menuju ke suatu tempat, waktu tu jalan tu ada 2 lane. Kelajuan masa tu adalah dalam 70km/j. Epul memandu agak tenang. Lagi 200 meter dia melihat ada kerja pembaikan jalan yang sedang dilakukan. Kerja-kerja itu membuatkan jalan menjadi satu lane sahaja. Sebagai lelaki sejati lah kononnya, dia menekan pedal minyak kerana tak jauh di hadapannya (sebelah kiri) ada sebuah teksi yang juga cuba untuk laju. Masing-masing berebut nak mendahului masuk ke lane yang telah menjadi satu. (Epul memandu di lane yang disediakan, manakala teksi itu memandu di lane yang ditutup di hadapan). Epul yakin dia dapat mendahului kerana berada di lane yang disediakan. Namun tidak semena-mena 'uncle' teksi tu cuba memintas dan menghimpit Epul...

Apalagi, epul (seorang yang panas hati gak) terus menghalang dan menekan hon dua tiga kali. Tapi katanya yang pelik, uncle teksi tu masih lagi nak menghimpit keretanya dan seolah-olah mengendahkan honnya. Dengan bacaan Bismillah dia terus tekan pedal minyak dan memperlahankan kenderaan betul-betul di sebelah teksi. Niat di hati memang nak maki. Tapi terus tak jadi dan hanya ketawa terbahak-bahak!

Semasa melihat ke arah Uncle teksi tu dengan berbekalkan semangat pendekar nak memaki, Epul melihat Uncle tu sedang memegang-megang telinga kanannya. Seolah-olah sedang menekan sesuatu..Apa dia buat ni???

Laaa....rupa-rupanya Uncle tu pekak (cacat pendengaran). Waktu Epul hon tu dia masih belum pakai atau sedang berusaha untuk memakai Hearing Aid (alat pendengaran)..

Patutlah dia tak dengar...HAHAHAHAHAHHA